PRU15: PN Tak Terkesan Jika Bertembung

Secara logiknya memang ada kebenarannya pun Perikatan Nasional (PN) tidak akan terkesan ketika terlibat dalam pertandingan beberapa penjuru, termasuk UMNO.

Kalau jentera akar umbi yang menjadi sandaran UMNO, nah jangan mereka silap. Pada pilihan raya umum yang lalu mereka juga bekerja tapi tidak lagi dihargai oleh rakyat atau pengundi.

Keyakinan PN ini ada sebabnya iaitu politik dan ketuanan UMNO masih dipegang oleh golongan elit, pemimpin UMNO yang ditolak pada pilihan raya umum ke 14 sehingga hari boleh menentukan masa depan UMNO. Ini semua menjadi elemen negatif kepada UMNO.

Ditambah dengan apa yang berlaku baru baru ini, Presiden UMNO sanggup meninggalkan kerajaan dengan menggunakan alasan bohong dan bodoh, iaitu kerajaan gagal, tapi sehingga hari ini kegagalan yang mereka war warkan sikit pun tidak mengalami perubahan. Itu pun kerja kerja yang dilakukan hari ini hanyalah meneruskan usaha dan perancangan kerajaan terdahulu.

Jadi jalan paling selamat bagi UMNO ialah berlapang dada itu pun mesti sanggup mengorbankan kerusi yang sedia untuk diberikan pada Perikatan Nasional. Serius!

UMNO di Sabah adalah liabiliti.


Wan Saiful Wan Jan berkata, ketika ini, PN fokus untuk mengukuhkan gabungan itu demi menjaga rakyat dan memulihkan negara.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, Perikatan Nasional (PN) yakin tidak akan terkesan, jika pertembungan banyak penjuru berlaku pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Masih tidak jelas sama ada Umno akan bersama PN dalam PRU15 nanti. Itu pilihan mereka.

“Bagi saya, kita teruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua kaum serta agama. Akhirnya, biar rakyat yang buat penilaian,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Ketika ini, katanya, PN perlu fokus mengukuhkan gabungan berkenaan demi rakyat dan memulihkan negara

Beliau berkata, PN meletakkan standard tinggi dengan bertegas terhadap isu ketelusan, integriti, menolak salah laku dan penyelewengan.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin semalam, parti itu hanya akan memberi kerjasama kepada parti yang sealiran di bawah PN menjelang PRU15.

Muhyiddin berkata, Bersatu bersedia menghadapi apa jua situasi, termasuk kemungkinan bersama Umno, jika parti itu mahu terus bekerjasama atau menentang mereka.

Dalam pada itu, Wan Saiful menggesa semua parti komponen PN membina jentera pilihan raya bersama berdasarkan semangat ukhuwah, dengan konsep Keluarga Malaysia harus dijiwai dan dizahirkan dalam perjuangan membela rakyat.

“Kita akan ‘jalan terus’ bersama parti yang membentuk PN, iaitu PAS, Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah).

“Kita mesti bergerak dan aturkan aktiviti bersama supaya rakyat nampak kita benar-benar ikhlas menjaga perpaduan dan kestabilan negara.

Sumber FMT

Published
Categorized as PPBM

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: