Apa cerita ni Mat, Ahli Parlimen UMNO sendiri tidak menyokongmu untuk menjadi Timbalan Speaker. Ahli Parlimen UMNO berkenaan ialah selain 15 pengkhianat UMNO yang meninggalkan kerajaan.
Setiausaha UMNO ini juga dilihat gagal oleh ahli UMNO anti kluster Mahkamah bila mana UMNO gagal mengadakan pemilihan UMNO sebelum penggal 2020/2021 berakhir.
Sebenarnya bukan begitu, Ahmad ni hanyalah pak turut kepada Presiden UMNO. Apa lagi dia ini juga adalah kluster Mahkamah.
Sorry Mat sebab melecehkanmu, kau juga yang mulakan, lain kali jangan suka membuat kenyataan terbalik. Hahaha!

Pencalonan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker turut tidak mendapat sokongan beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO bukan โkluster mahkamahโ yang terdiri daripada 15 orang yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Baki MP UMNO yang tidak bersama dalam kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan kesetiaan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum menukar sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri baharu.
Sumber Agenda Daily memberitahu, keputusan mencalonkan Ahli Parlimen Pontian tersebut diputuskan oleh Zahid yang cuba melanggar syarat diletakkan Muhyiddin tidak akan menerima pemimpin daripada โkluster mahkamahโ.
โZahid cuba uji Muhyiddin yang berpendirian menolak โkluster mahkamahโ, nampaknya ia memakan diri dan bakal mengundang padah sekiranya Ahmad Maslan kalah dalam pengundian nanti
โBukan sahaja MP Bersatu tidak menyokong, beberapa MP UMNO yang tidak sebulu dengan Zahid kerana dianggap sebagai punca kejatuhan kerajaan PN sebelum ini juga menolak pencalonan tersebut,โ kata sumber dalaman parti.
Menurut sumber, keputusan menamakan Ahmad itu dibuat dengan persetujuan yang berat untuk diterima Ismail Sabri yang menyedari ia akan mengundang rasa tidak puas hati pemimpin Bersatu dan MP lain yang berada di blok kerajaan.
โHampir semua MP UMNO tidak menerima pencalonan Ahmad itu, cuma mereka tidak berani menyuarakan pandangan kerana takut dengan Presiden (Zahid).
โMereka takut nanti watikah calon pilihan raya tidak akan ditandatangani Zahid yang masih menyandang jawatan Presiden, memandangkan pemilihan parti juga sudah ditangguh,โ kata sumber.
Agenda Daily






















Leave a Reply