15 MP UMNO Ikut Zahid adalah Pengkhianat, Kena Bertaubat – Shahidan

Yang dimaksudkan oleh Shahidan ini adalah jajaran Zahid bersama Anwar Ibrahim lalu dijilat oleh 15 ahli Parlimen daripada UMNO. Ini kerana penolakan UMNO ke atas PKR atau Anwar telah ditetapkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Sebelum ini Nazri Aziz menganggap Zahid sebagai pemimpin yang munafik, kali ini Zahid sebagai pengkhianat.


Datuk Seri Shahidan Kassim tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melanggar peraturan parti dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim membidas 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO yang mengikut kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah pengkhianat kerana tindakan mereka mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

MP Arau itu menyifatkan tindakan 15 MP itu sebagai mengkhianati orang Melayu dan Islam memandangkan penubuhan kerajaan PN terdiri daripada gabungan parti-parti bumiputera terbesar dalam sejarah negara tetapi ia cuba dijatuhkan dengan cara tidak demokratik.

โ€œJadi orang yang menarik sokongan daripada kerajaan sama seperti membubarkan kerajaan, jadi yang mengkhianati kerajaan Melayu Islam ini adalah 15 MP yang melanggar keputusan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) iaitu mesti sokong kerajaan sedia ada sehingga pilihan raya.

โ€œPerbuatan tersebut pengkhianatan kepada UMNO dan orang Melayu, kerajaan ini goyah berpunca daripada 15 MP ini,โ€ katanya kepada Agenda Daily.ya

Jelasnya, kerajaan PN ditubuhkan hasil gabungan parti yang mewakili masyarakat bumiputera di Malaysia, ia terdiri dari parti UMNO, Bersatu, PAS, GPS, STAR dan beberapa MP Bebas yang bersama dalam kerajaan PN.

โ€œJadi ini kerajaan Bumiputera Islam, sebuah kerajaan yang wakilnya menggambarkan demografi penduduk Malaysia, iaitu 70 peratus Bumiputera.

โ€œIni sebuah kerajaan terbaik pernah ditubuhkan, BN (Barisan Nasional) pun tidak sama dengan kerajaan sekarang,โ€ katanya lagi.

Beliau tidak bersetuju dan menentang keras tindakan 15 MP UMNO yang sanggup mengikut arahan Zahid sehingga mengancam kestabilan politik negara ketika ini.

โ€œTetapi UMNO yang merupakan tunjang kepada parti ini tiba-tiba 15 MP tarik sokongan atas alasan mengikut arahan Presiden dan MT (Majlis Tertinggi).

โ€œKami 27 MP masih memegang teguh kepada keputusan PAU iaitu No Anwar dan NO DAPโ€ฆ kami sokong kerajaan PN sampai Parlimen dibubar,โ€ tegasnya.

Shahidan juga menggesa supaya 15 MP yang ikut Zahid supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan selamatkan kerajaan Melayu Islam ini dan jangan sesekali menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

โ€œMereka sepatutnya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan selamatkan kerajaan Melayu Islam ini kerana kalau jatuh kerajaan ini yang naik adalah Anwar dan DAP,โ€ ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mendesak supaya Zahid menjelaskan hala tuju parti sekiranya kerajaan PN jatuh dan siapa yang akan mereka bekerjasama.

โ€œPresiden pernah melakukan pembohongan kepada parti, kami MP pun kena bohong.

โ€œPresiden tak pernah tunjuk hala tuju nak tubuh kerajaan baharu selepas ini, tidak pernah tunjuk. Beliau kena beritahu kami dengan siapa UMNO akan bekerjasama,โ€ katanya.

15 MP UMNO termasuk diketuai Zahid sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Anwar, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.

Agenda Daily

One thought on “15 MP UMNO Ikut Zahid adalah Pengkhianat, Kena Bertaubat – Shahidan

Add yours

  1. Morning dear..๐Ÿ˜Š..now is MyZone War ..kita Perang kasi habis..tiada kompormi tiada ampun..demi ABATA๐Ÿ’ฏ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’–demi negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ฏ๐ŸŒบkita rakyat rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’–..jgn mudah putus asa..ini ‘Perang utk semua ..satu ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ kita harus Merdeka selamanya๐Ÿ˜Š Aamiin ..

    #kawan yg baik..pesan pada Abg Hajiji serta seluruh GRS Sabah ke๐Ÿ’–ku..terima kasih kerana menerima kami๐ŸŒบPutrajaya๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKrjn Persekutuan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’–๐ŸŒบ๐Ÿ˜Š.. tiada pernah PN harus bezakan itu ini..namun apabila kita (para pemimpin pemimpin ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ) tiada contoh teladan yg baik..ianya sgt berisiko terhadap kesejahteraan keselamatan hidup rakyat๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พdan juga Negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ..apabila PNPPBM mula mengorak bagaimana harus diperelokkan apa yg dirosak ..ianya satu tugas tanggungjawab yg sgt berat sgt mencabar sifat diri PNPPBM..apabila PNPPBM menjadi Hakim..maka kami๐ŸŒบ tidak akan berpihak utk sepihak namun kami๐ŸŒบ melihat keseluruhan pekara..agar tiada pihak teraniaya atau senjaga di aniaya tanpa sebab salahnya..percaya dan yakin kepada allah swt…ia mmg wujud nyata..dan tidak akan hampakan umat yg Sentiasa berdoa doakan yg baik baik..semoga dipermudahkan urusan kita semua..Aamiin ๐Ÿ˜Š…

    #terima kasih Arau๐Ÿ˜Š…ini saksi yg dari mula kami๐ŸŒบ berhubung..Abg yg baik sebahagian dari BN๐Ÿ˜Š ..walaupun tag UMNO …mujur Arau tidak bertoksikteracun seperti yg lain…apa pun Arau..anna sentiasa menghargai jasa baik Arau terhadap PNPPBM๐ŸŒบ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’–…Merdeka ๐Ÿ˜Š..

    terima kasih JalinLuin๐Ÿ˜Š gembira dapat berkawan ON medsos on Line๐Ÿ˜ŠMerdeka kawan ๐Ÿ’–๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ˜Š๐ŸŒบ hargailah dan jaga ‘Merdeka ini sekuat hati dalam diri kamu๐Ÿ’–๐Ÿ’ฏ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ jumpa lagi…

    AnnaAriff1972๐ŸŒบ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’–๐Ÿ๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽต๐Ÿ˜Š

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading