Tak Boleh Samakan Pemilihan UMNO Dengan Sidang Parlimen?

Kamu baca bha jawapan lanun Zahid Hamidi ni. Dia kata tidak boleh disamakan diantara pemilihan UMNO dan persidangan Parlimen. Kerana ia melibatkan mesyuarat yang banyak sehingga 66,287 mesyuarat.

Zahid beralasan seperti itu bagi menolak kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang menyatakan penangguhan pemilihan UMNO tidak sah kerana ia dibuat oleh anggota majlis tertinggi yang sudah tamat tempoh.

Menurutnya, pemilihan parti melibatkan 3.3 juta ahli Umno dengan pecahan sebanyak 21,135 mesyuarat cawangan; 21,058 mesyuarat cawangan wanita; 15,496 mesyuarat wanita dan 8,598 mesyuarat puteri.

“Manakala sidang Parlimen masih boleh diteruskan dengan SOP ketat yang mudah untuk dipantau serta dipastikan pematuhannya,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Alasan yang dikemukan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi itu adalah alasan yang tidak bertanggungjawab. Apa dia ingat boleh kah UMNO dikecualikan dari peraturan yang telah ditetapkan. Sedangkan peraturan ini terpakai pada semua parti politik dan pertubuhan?

Sebagai Presiden parti Zahid sepatutnya dia lebih bertanggungjawab melaksanakan perjalanan partinya. Soal banyak atau sedikit ia bukanya isu dan bukan tanggungjawab ROS sebagai badan yang menguatkuasakan peraturan. Sebaliknya tugas penguatkuasa ialah mencari kesalahan apa yang wajar.

Padan pun Zahid pernah mendapat jolokan orang yang tidak ada irama atau sumbang bila bercakap. Ternyata benar bukan hanya sumbang tapi tidak logik.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: