Brunei Jalani PKP Dua Minggu Hadapi Ancaman Covid-19

Bukan hanya negara maju seperti Amerika yang mulai sibuk menangani ancaman Covid-19, Varian Delta. Malah berita terkini negara jiran Brunei juga mulai bersiap siaga, akan menjalani PKP selama dua minggu.

Walaupun sebelum ini sering dijadikan modal oleh penyokong atau jentera pembangkang bagi menafikan keseriusan ancaman Covid-19. Sekaligus dalam usaha mereka menggambarkan kerajaan Perikatan Nasional adalah kononnya kerajaan yang gagal.

BANDAR SERI BEGAWAN – Selepas lebih setahun bebas dari ancaman COVID-19, Brunei Darussalam kembali menjadi sebutan apabila mencatatkan lapan kes baharu hari ini.

Susulan perkembangan, perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan selama dua minggu berkuatkuasa serta merta di seluruh negara.

Ia membawa kepada penutupan sekolah, masjid dan pusat rekreasi manakala perhimpunan awam dihadkan kepada hanya 30 peserta.

Larangan turut dikenakan ke atas aktiviti dine-in di restoran atau kedai makan, dengan premis seumpamanya hanya dibenarkan untuk menyediakan khidmat pembungkusan dan penghantaran.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Brunei berkata, semua rakyat diwajibkan untuk mengenakan pelitup muka setiap kali berada di luar rumah sepanjang tempoh PKP.

Difahamkan, enam daripada lapan kes baharu itu disyaki berpunca dari sebuah hotel yang menjadi pusat kuarantin di negara berkenaan.

Kementerian Kesihatan akan melakukan pengesanan kontak rapat semua pesakit COVID-19 itu bagi memastikan punca jangkitan,” katanya. – Getaran, 7 Ogos 2021

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.