UMNO Tangguh Pemilihan 18 Bulan – Sidang Parlimen 14 Hari 🤭

UMNO hampir pasti menangguhkan pemilihan, selepas majoriti Ahli Majlis Tertinggi bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan berdasarkan perlembagaan UMNO.

Kononnya kata mereka persepakatan dicapai melalui satu resolusi yang dibuat atas talian.

Yang sebenar benarnya penangguhan dibuat kerana mereka yang berjawatan dan pro Kluster Mahkamah, mula merasa bahang penolakan dari pemilih. Itu mereka baca di ruang komen setiap kali berita pemimpin UMNO muncul di portal berita.

Pasti melayang tu kawan, walaupun masih ramai Ahli yang totok pada (Kluster Mahkamah) Presiden UMNO. Tapi ahli yang boleh mengundi atau menentukan calon yang bertanding akan menolak line up kluster Mahkamah.

Kluster Mahkamah ni memang pandai berlakon. Kamu tengok ahh, mereka menuntut sidang Parlimen diadakan secara konvensional, walaupun keadaan belum mengizinkan, siap mengugut mesti diadakan selepas 14 hari. Tapi bila terkena batang hidung boleh pula ditangguh hingga 18 bulan. Belum nampak lagi bagaimana hipokrasi ditayangkan?

Kalau kerajaan Perikatan Nasional ada niat jahat, elok tu pilihan raya diadakan sebelum tamat tempoh 18 bulan. He!

Waktu itu pasti tumbang kerana tidak selamanya totok totok akur pada kluster Mahkamah yang asyik asyik kantoi.

Kamu lagi setakat ahli biasa yang tidak pernah berhubung dengan Presiden UMNO, lagi percaya. Sedangkan Nazri Aziz pun taubat lahu sudah. 🤭


MT Umno setuju tangguh pemilihan parti, kata sumber

by Haspaizi Zain, malaysiakini.com
June 24, 2021 09:34 PM

Umno hampir pasti menangguhkan pemilihan parti itu selepas majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan berdasarkan perlembagaan Umno.

Menurut sumber yang juga ahli MT Umno, kata sepakat itu dicapai melalui satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

Ia selepas MT Umno tidak dapat bermesyuarat ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini yang akan berakhir 28 Jun.

“MT buat keputusan dalam bentuk ‘circular resolution’. Ini pernah dibuat sebelumnya.



“Kita buat sebegini kerana MT Umno tidak dapat dipanggil untuk bermesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak mengendahkan gesaan agar pemilihan Umno diadakan.

Nazri berkata, tempoh Zahid sebagai presiden sepatutnya berakhir bulan ini dan selepas itu pemilihan baru mesti diadakan.

“Zahid ni, dia suruh buat parlimen secepat mungkin.

“Kalau (sesuatu yang) mendorong kepada PRU minta secepat mungkin, tapi pemilihan parti buat-buat tak dengar,” kata Nazri kepada Malaysiakini.

Gesaan serupa dibuat oleh Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Mac lalu agar Umno segera mengadakan pemilihan bagi menyelesaikan isu dalaman parti itu.

Katanya, pemilihan Umno perlu dilaksanakan mengikut jadual sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan.


Turut menyuarakan pandangan sama ialah Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim yang menyaran supaya pemilihan parti itu tidak ditangguhkan dan dilaksanakan mengikut Perlembagaan Umno.

Bagaimanapun Shahidan mengakui MT Umno boleh membuat keputusan untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan.

Berdasarkan resolusi itu, Zahid Hamidi akan kekal menerajui parti sehingga tahun 2023.

Dalam pada itu,  seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu.

Katanya, melalui resolusi secara dalam talian itu, majoriti MT Umno bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti.

Jelasnya, Umno telah mendapatkan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menyarankan pemilihan ditangguhkan.

“Semua setuju tangguh pemilihan, jadi, selepas penangguhan selama 18 bulan, pemilihan Umno dijangka akan diadakan awal 2023,” katanya ketika dihubungi.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.