Surat Pelucutan Hishammuddin Amaran Buat Presiden UMNO?

Rasanya surat palsu diatas direka oleh penyokong UMNO tertentu. Ideanya timbul selepas Ketua Ketua parti menghadap Yang Dipertuan Agong.

Dimana selepas perjumpaan itu mereka mendapati pernyataan Presiden UMNO dan Ketua Pembangkang Anwar ada persamaannya, iaitu cadangan menghentikan Darurat.

Tidak lama sebelum ini telah tersebar satu rakaman suara diantara Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Perbualan itu telah membuktikan adanya komplot untuk menyatukan UMNO dan Pakatan Harapan.

Justeru pada hemat admin penyokong UMNO berkenaan ingin menunjukkan pendirian mereka. Tidak akan pernah bersetuju dengan idea Presiden UMNO untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan.

Jadi kalau Presiden UMNO ingin meneruskan hasratnya lepaskan dulu Hishammuddin dan pemimpin pemimpin UMNO yang seumpanya.

Maka dibuat lah surat pelucutan itu.

Ternyata Zahid selaku Presiden UMNO ketakutan dan tidak berkeupayaan. Hanya untuk menyatakan surat itu palsu atau tidak hanya mampu bersorok dibelakang Setiausaha Kerja UMNO.

Kenyataan yang dikongsi oleh Presiden UMNO itu dibuat oleh Setiausaha Kerja UMNO. Bukannya kenyataan rasmi dari beliau sendiri.

Dari sisi lain surat pelucutan yang viral petang tadi tidak mendapat sambutan. Malah ada yang suka sekiranya ia benar dan suka melihat sekiranya Hishammuddin menyokong Perikatan Nasional atau Parti PPBM/Bersatu.

Surat itu tidak mengejutkan penyokong UMNO mungkin mereka sudah muak sebab sejak Zahid menjadi Presiden UMNO telah banyak jawatan dalam Parti yang di sandang oleh pemimpin pemimpin UMNO ditarik dan diberikan pada orang lain. Tidak kurang juga tindakan melucutkan keahlian UMNO mereka yang lantang mengkritik tindak tanduknya.

Tindak tanduk yang dimaksudkan dan telah menyinggung setengah pemimpin dan penyokong UMNO seperti mesra Pakatan Harapan atau mesra Anwar secara khususnya.

Mungkin kah selepas ini akan ada gerakan besar besaran bagi menuntut Zahid Hamidi supaya melepaskan jawatan Presiden UMNO. Dari menghalang kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan menjadi kenyataan?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.