
Najib minta agar Lockdown Penuh perketatkan dan dikuatkuasakan. Sedangkan dalam kenyataannya sebelum ini, dia merayu supaya kononnya kerajaan memikirkan sesuatu supaya ekonomi Malaysia berkembang. Walaupun dalam pendemik Covid-19.
Bosku kerajaan Singapura pun terhegeh-hegeh bosku dalam menangani pendemik Covid-19. Inikan Malaysia yang terpaksa menyelesaikan atau mengurus beban yang bosku tinggalkan, sebelum boleh move forward.
Beberapa kenyataan Najib sebelum sebelum ini, ada membangkitkan jumlah hutang negara yang kononnya telah meningkat dengan begitu cepat berbanding zaman kerajaannya sebagai Perdana Menteri. Tapi Menteri Kewangan Tengku Zafrul menafikannya, bahwa itu hanyakah penipuan atau manipulasi yang sengaja dicetuskan oleh Najib, bagi mengelirukan rakyat. Kalau ada yang belum mendengar penjelasan Menteri Kewangan berkenaan. Jangan pasrah, admin ada upload di blog ini, pergilah cari.
Apa punya hipokritlah bosku. Tidak pasal pasal bosku terkantoi.
Kalau Lockdown di perketatkan secara total bagaimana pula dengan nasib sosial dan ekonomi rakyat yang dihimpit hutang bulanan, siapa pula yang boleh dipertanggungjawabkan, seperti menyediakan bakul makanan dan sebagainya. Bosku berkemampuan dan sanggup kah?
Janganlah terlalu tidak ikhlas dalam perbuatan bosku. Kalau kenyataan yang bosku keluarkan itu semata mata untuk mengharapkan larva politik, itu tidak salah mana bosku. Tapi janganlah sampai menyusahkan kehidupan rakyat yang tidak berdosa. Dulu bosku sudah pun menyusahkan mereka melalui skandal 1MDB dan SRC. Sekarang bosku mahu tambah lagi kah?
Bab rakyat dan Covid-19 bosku mahu mereka terhimpit supaya larva nya bosku yang dapat. Tapi bab skandal 1MDB, bosku mahu kerajaan mengurangkan tekanan. Mana adil bosku! sama sama hidup sama sama tanggung lah bosku. Baru nampak macam jantan sejati bosku!