Najib Marah Peter Anthony Kaki Penipu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, beliau marah dengan tindakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony yang didakwa memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja operasi dan penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Malah, Najib berkata, beliau berasa diperdayakan oleh bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu kerana kandungan surat disampaikan kepadanya adalah bertentangan dengan hasrat sebenar pihak universiti (UMS).


Terdahulu, Najib berkata, beliau menerima Surat Pejabat Timbalan Naib Canselor bertarikh 9 Jun 2014 bertajuk ‘Kerja-kerja Operasi dan Penyelenggaran Sistem Mekanikal dan Elektrikal di Bangunan Fasa 2B, Bangunan dan Infra di Kampus Induk (FPL/ Pusat Rawatan Warga Luar Sikuati, Kudat) dan Bangunan Lain UMS, selama lima tahun.

“Surat itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Dr Shariff Abdul Kadir S Omang Al-Haj.

“Pihak universiti menyatakan tiada halangan dan menyokong penuh kerjasama antara ULink Property Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh UMS) dan Asli Jati Engineering Sdn Bhd (milik Anthony) bagi melaksanakan kerja kontrak berkenaan,” katanya.

Najib selaku saksi ke-12 pendakwaan kes penipuan membabitkan Peter Anthony, berkata pihak universiti turut memohon supaya dapat memberi kelulusan terhadap rakan kongsi pintar berkenaan.

Katanya, surat berkenaan kemudian diberikan kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan, Allahyarham Datuk Azlin Alias untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya saya tahu surat itu dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan pihak Ahli Lembaga Pengarah UMS, saya tidak akan mempertimbangkan untuk apa-apa kontrak atau penyambungan kontrak kepada Syarikat Asli Jati.

“Saya juga percaya surat berkenaan mendapat mandat daripada pengurusan UMS kerana terdapat minit sokongan berupa catatan tulis tangan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bertarikh 11 Julai 2014,” katanya.

Najib berkata, beliau kemudian dimaklumkan oleh Tun Zaki Azmi iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah UMS ketika perjumpaan di Parlimen pada 2014, bahawa pihak UMS sebenarnya sudah melantik syarikat REMT Utama Sdn Bhd untuk kerja operasi dan penyelenggaraan secara tender terbuka.

“Zaki juga memaklumkan pihak Lembaga Pengarah UMS tidak pernah mengeluarkan surat atau sebarang sokongan dan persetujuan untuk memberikan kontrak kepada Syarikat Asli Jati,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi.

Sementara itu, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin, sama ada beliau selaku Menteri Kewangan ketika itu cuai, Najib menafikannya dan memaklumkan beliau menerima permohonan itu dengan niat baik.

Beliau berkata, berpuluh-puluh permohonan diterima sehari dan penipuan yang berlaku itu merosakkan reputasinya, malah ia membabitkan dana kerajaan.

“Sekiranya Syarikat REMT memfailkan saman sivil, ia juga berkemungkinan berjaya dan terpaksa membayar ganti rugi,” katanya.

Peter Anthony, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun 2014 hingga 21 Ogos 2014.

Beliau juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, menggunakan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan pernyataan palsu pada tajuk surat itu di tempat dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 26 Julai ini.


Nah kan, sebelum ini bila ada masyarakat yang mendakwa kebanyakan wakil-wakil parti Warisan seperti Peter Anthony, Adun Melalap kaki songlap aka pencuri sekaligus picisan. Menyebabkan timbul tuduhan yang cukup pedas, bahawa sesiapa menyokong parti Warisan samalah ertinya dengan mereka menyokong pemimpin pencuri. Ada yang tu marah merapu tidak tentu pasal. Hakikatnya mereka tidak sanggup menerima hakikat kebenaran dan mereka lupa si Peter Anthony itu adalah public figure.

Sebenarnya siapa juga Peter Anthony sebelum mengenali Shafie di Kementerian KKLW. Maksud admin selain dari konteks kekayaan yang dia dapat melalui penipuan seperti mana kemarahan Najib diatas. Siapa sebenarnya si Peter ni benarkah dia ni seorang politician, sejak bila dia berpolitik? Kah macam wakil rakyat Warisan dari Tawau tu. Tukang seludup barang kawalan ke negara jiran Indonesia tetiba diangkat oleh Shafie sebagai pemimpin atau wakil rakyat Warisan. Hemmm,

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: