Siapa Yang Mempersoal Hubungan Baik Shafie dan Mahathir? 🤭

Politik Warisan ni kalau bab menafikan dakwaan, mereka lah yang paling champion. Walaupun sudah banyak kali kenyataan dan kegiatan mereka tidak pernah terbukti benar atau terrealisasi. Bak kata rakyat Sabah kerajaan Warisan adalah kerajaan tukang resmi dan kerajaan yang kuat menuntut usaha orang lain. 🤭

Terbaru setiausaha Agung Warisan Loretto Padua tiba tiba mendakwa Shafie atau parti Warisan tidak dikawal oleh Mahathir. Walaupun sebelum ini Warisan bersetuju dengan banyak pendapat Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, mengenai pelbagai isu di Malaysia, antaranya kleptokrasi dan sebagainya.

Betullah tu apa juga isunya. Siapa juga dalam kerajaan yang pada hari ini menyokong kleptokrasi? tidak ada kawan.

Siapa sebenarnya mempersoalkan hubungan Mahathir dan parti Warisan atau Shafie Apdal. Kenapa setiausaha Agung Parti Warisan tiba tiba membuat dakwaaan yang sedemikian. Apa sebenarnya yang telah berlaku.

Angkat bakul sendiri kah ni? Mungkin selepas banyak isu yang dicuba diangkat Presiden Warisan dan kuncu-kuncunya tapi tidak lagi mendapat perhatian daripada masyarakat Sabah? Begitu kah? terdesak kah ni.

Sama ada hubungan Mahathir dan Shafie baik atau tidak itu bukan masalah rakyat Sabah. Sebaliknya yang menjadi masalah ialah kesan daripada kerajaan Warisan, selama dua tahun setengah memerintah Sabah. Apa kemajuan yang telah dicapai?

Kerajaan Warisan hanya berjaya membangkitkan sentimen kekitaan dan perkauman di kalangan rakyat Sabah. Baik diantara orang Sabah dan orang Semenanjung, mahupun di kalangan rakyat Sabah itu terdiri.

Perkauman di era kerajaan Warisan sangat panas, hampir saja negeri terlibat dengan permusuhan diantara kaum. Nasib baiklah ramai rakyat Sabah yang cerdik pandai hingga berjaya menumbangkan kerajaan Warisan. Malangnya sehingga hari ini kesannya masih terasa.

Ironinya oleh kerana agenda kekitaan yang cuba dibawa oleh parti Warisan gagal diterapkan, hari ini termasuklah Shafie Apdal sendiri menggesa agar PATI dari Filipina dan Inodesia segera dihantar balik ke negara asal mereka. Walhal selama ini merekalah yang paling lantang menyokong parti Warisan hingga Warisan nampak kuat di mata rakyat Sabah. Bukannya Shafie Apdal tidak tahu kerajaan Perikatan Nasional sedang mencari solusi kepada lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ada di Sabah.

Tidak ada kemajuan dikecapi oleh rakyat Sabah, itu satu hal. Hal yang lebih penting ialah salah guna kuasa yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat daripada parti Warisan dan kroni mereka.

Contoh kantoi menyalahagunakan kuasa. Lihat apa berlaku pada Wakil Rakyat Warisan Peter Anyhony, Setiausaha Sulit Menteri Pelancongan yang juga Timbalan Ketua Wira Warisan dan terakhir berkaitan kroni pentadbiran Warisan, berhubung projek logi air di Semporna. Mereka di cekup oleh SPRM kerana menyalahagunakan kuasa.

Dan tengok pula apa berlaku pada pengikut mereka di akar umbi. Hanya untuk membina semula perumahan yang terbakar pun gagal ditunaikan atau dibina. Apa barang oh!

Setiausaha Agung parti Warisan berhentilah menjadi pengarang cerita dongeng, itu bukannya hal yang menjadi keutamaan kepada rakyat Sabah. Hakikatnya kamu telah diberikan peluang menjadi kerajaan negeri, namun gagal mensejahterakan kehidupan rakyat. Jangankan kehidupan rakyat Sabah secara keseluruhannya. Hata kehidupan masyarakat marhaen di peringkat kampung pun gagal direalisasikan.

Tolong jangan cakap antara kebaikan yang telah di jayakan oleh kerajaan Warisan ialah menuntut cukai produk Petroleum ya. Sebab tuntutan ini telah pun dinafikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing. Bahwa ketika kamu dalam perjalanan menuntut cukai produk itu, kepimpinan Warisan enggan mengemukakan tuntutan kerana takut pada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada waktu itu. Inilah juga buktinya dakwaan Setiausaha Loretto Padua diatas adalah auta semata-mata, memang takut dan dibawah telunjung Tun Dr Mahathir pun khususnya pada ketika Warisan berkuasa sebagai kerajaan negeri.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.