Kerusi UMNO Kekal Menjadi Hak UMNO 🤮

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menegaskan bahawa kerusi UMNO yang dimenangi pada pilihan raya umum yang lepas kekal menjadi hak mereka, walaupun hari ini telah menjadi kerusi Bersatu.

Begitu ketegasan Timbalan Presiden UMNO ketika merasmikan mesyuarat sayap UMNO sempena perhimpunan Agung UMNO 2020.

Semua kerusi itu tidak akan dilepaskan pada sesiapa.

Tidak ada kompromi bagi mana-mana pihak menuntut kerusi itu daripada UMNO kecuali berlawan.

Pokoknya kerusi itu menjadi hak mereka sampai kiamat. Titik!

Pada Admin itu hanyalah hak sebelah pihak untuk bercakap, UMNO tiada hak menentukan kerusi itu akhirnya milik siapa.

Jadi pada sesiapa yang ingin kekal. Kena buat sesuatulah bermula dari sekarang. Memandangkan parti paling usang dan terpalit korup di Malaysia sudah membuat ketetapan seperti itu. Hahaha!

Kenapa UMNO tiba-tiba berkeyakinan tinggi ni ya. Mesti ada sebabnya ni. Kah UMNO ni semakin syok sendiri. Seperti pada pilihan raya umum yang lepas.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 UMNO juga bersidang seperti ini. Waktu itu banyak propaganda yang disebarkan pada ahli UMNO supaya terus setia kepada parti. Tetapi yang berlaku agak ganjil kebanyakan ahli UMNO mengundi calon daripada Pakatan Harapan. Kalau sudah ahli UMNO mengundi calon daripada pembangkang apa lagi rakyat biasa.

Ada juga yang berpendapat susulan kenyataan Timbalan Presiden UMNO di atas. Bahawa sebaiknya, bersihkan dulu penyangak-penyangak yang ada di dalam UMNO tu. Barulah mereka boleh bercakap seolah-olah Malaysia ni UMNO yang punya. Ngam kah?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.