Berita Ketua Cawangan Dan Ahli Warisan Semporna Sertai Bersatu Adalah Benar

Cerita semalam pasal Ketua Ketua Cawangan Parti Warisan dan ahli Parti Warisan yang menyertai Parti Bersatu di Semporna, memang ada kebenarannya pun. Khususnya bagi Ahli Warisan yang bermastautin di DUN Bugaya.

Bohonglah kenyataan Ketua Penerangan Warisan Semporna, Hasbullah yang mendakwa ia hanyalah propaganda. (Lebih kurang begitulah penafiannya semasa bercakap di sidang media mereka, sejurus terkejut dengan perkhabaran seramai 3 ribu ahli Warisan menyertai Parti Bersatu)

Sebelum ini tular berita yang mengatakan 30 Ketua Cawangan berserta 3000 ahli parti di daerah Semporna keluar menyertai Parti Bersatu. Mereka keluar setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Warisan di daerah itu yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu menunaikannya. Sebenarnya bukan hanya tidak mampu tetapi enggan menunaikan janji pilihan raya supaya golongan yang terdesak terus wujud dan terpaksa “mencium kaki kaki” pemimpin pemimpin Warisan yang sebenarnya sangat sangat minoriti dan tidak berkredibiliti sebagai pemimpin masyarakat. Ibarat seekor tikus dan labu labunya, tikus cacat akal itu adalah mereka dan labu sihat itu adalah masyarakat ramai.

Malah sejak mereka menjadi pengikut Parti Warisan kehidupan mereka semakin susah dan sengsara bukan hanya kerana ketiadaan ekonomi yang dijana oleh kerajaan Warisan tetapi juga angkara individu-individu yang ditugaskan untuk menjaga mereka di peringkat kampung sangat-sangat tidak berkualiti. Sudahlah hidup susah bergelumang lagi dengan kegiatan yang tidak sihat. Kurang ajar punya pentadbiran kerajaan. (Lebih kurang begitulah luahan sebenar Ahli Warisan yang bertindak keluar parti, tinggal lagi mereka tidak mampu menterjemahkannya dalam bentuk kata-kata)

Ketua Ketua Cawangan dan ahli Parti Warisan yang terlibat dipercayai daripada DUN Bugaya iaitu Kampung Bangau² dan Kampung Simunul dan beberapa lagi.

Bohong sangatlah tu dalam tiga ribu ahli Parti Warisan yang didakwa telah menyertai Bersatu tapi tiada seorang pun yang keluar. Maksud si Hasbullah tu berita itu tidak ada kebenarannya. Yalah tu?

Ya mungkin juga sebab dia dikelilinginya oleh ahli Parti yang kurang harga diri. Oleh sebab itulah dia yakin dan bermati-matian menafikan kesahihan berita yang tular.

Tapi dia lupa tidak semua ahli Warisan tidak ada harga diri, tidak semua juga ahli Warisan sanggup makan dedak parti Warisan. Malah sebenarnya ramai orang kampung yang lebih bermaruah berbanding pemimpin-pemimpin dan jentera rasmi Parti Warisan. Paling tidak mereka berkerja dan makan dari hasil titik peluh mereka bukannya meminta minta, menjadi penyangak atau penipu. Lalu bergaya hasil dari titik peluh orang, macam apa yang berlaku dalam kepimpinan Parti Warisan hingga dicekup oleh SPRM kerana salah guna kuasa sedangkan orang-orang yang ada di bawah mereka terpaksa membuat kutipan untuk membaiki jambatan yang rosak. Apa punya bangang.

Persoalannya apakah orang bawahan itu akan terus setia pada Parti Warisan, begitu bodoh kah mereka?

Justeru apa yang menghairankan sangat jika akhirnya mereka menyokong Parti Bersatu yang mereka rasakan mampu membela nasib dan menyediakan prasarana yang akan menyenangkan mereka. Daripada dipandang hina oleh orang luar kerana kekal setia pada parti Warisan yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab .

Nampak benar Parti Warisan hanya licik menafikan apapun isu yang dikaitkan dengan mereka dan hanya licik mempermainkan pengundi yang buta politik dan buta dalam mengenal pasti hak mereka.

Ini gambaranya bagaimana Parti Warisan bergerak di peringkat akar umbi, semakin kumpulan itu tolol dan naif semakin itu mereka suka. Tapi suka mereka hanya untuk mendapatkan undi supaya pemimpin, kerabat serta kroni Warisan terus mendapat habuan kekayaan. Ada pun nasib golongan pengundi tadi itu pandai-pandailah mereka meneruskan kehidupan.

Tunggu saja tiga atau empat tahun daripada sekarang barulah segala jenis pemimpin dan jentera Warisan bermunculan sambil ditangan mereka memegang bantuan yang sama harga dengan harga dedak ayam.

Rasanya bohong sangatlah tu bila Ketua Penerangan Parti Warisan Semporna mendakwa kononnya pada Julai 2020 mereka telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk membina semula rumah-rumah yang terbakar tetapi dihalang oleh Pejabat Daerah Semporna. Kononnya!

Soalnya kenapa hanya selepas dua tahun setengah menjadi kerajaan negeri atau setelah menjadi pembangkang barulah peruntukan untuk membina rumah rumah yang terbakar dikemukakan, kenapa tidak sebelum itu. Supaya tidak timbul halangan birokrasi dari Pejabat Daerah Semporna seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangan Warisan, Hasbullah.

Admin tahu bukannya tidak diluluskan atau dihalang oleh Pejabat Daerah Semporna tetapi peruntukan yang dikemukakan oleh orang orang Warisna tidak lagi valid kerana masa itu Parti Warisan berstatus pembangkang yang tidak lagi berkuasa.

Sampai bila lah Parti Warisan mengamalkan politik kotor. Tidak takut pada kehidupan yang kekal abadi kah di sana segala penipuan dan kekotoran akan diadili.

Samalah tu sebahagian besar pemimpin Warisan dan pengundi mereka, tidak ada maruah, tinggal lagi yang satu pandai berpakaian kemas yang satu lagi asalkan ada.

Warisan jangan ingat hanya mereka yang pandai berpolitik, ingat tu. Ketika berhadapan dengan politik Warisan jangan tunjukkan kekuatan yang kamu ada pada mereka.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.