Kerajaan Sabah Hulur Bantuan Sekolah Cina RM19.7 Juta

1 FEBRUARI 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM19.7 juta kepada sekolah Cina termasuk sekolah persendirian, tadika, tokong dan persatuan Cina di Sabah, di sini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata bantuan kewangan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan GRS sentiasa mengutamakan keadilan dalam semua aspek termasuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan keseluruhan sejumlah RM43 juta kepada sekolah iaitu melibatkan sekolah bukan Islam di Sabah (RM18 juta) badan keagamaan (RM25 juta) untuk tahun 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM13.5 juta diberikan kepada sekolah iaitu membabitkan tujuh sekolah menengah jenis kebangsaan Cina ((SMJKC) sebanyak RM2.1 juta; sembilan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) sebanyak RM3.65 juta; diikuti RM6.92 juta untuk 83 buah SJK Cina dan RM801,500 untuk 142 buah tadika.

Bagi tujuan pembangunan dan pembaikan Tokong pula, sejumlah RM5.29 juta telah diluluskan yang membabitkan sebanyak 145 tokong di seluruh Sabah.

Turut diluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada beberapa persatuan Tiong Hua di negeri Sabah untuk menjalankan aktiviti mereka sempena Tahun Baharu Cina.
Hajiji berkata sebuah jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kerajaan Negeri bagi Sekolah-Sekolah dan Badan-Badan Keagamaan untuk meneliti permohonan yang diterima daripada berbagai badan keagamaan dan sekolah bukan Islam daripada seluruh Sabah.

“Semoga dengan bantuan kewangan yang diagihkan atas keprihatinan kerajaan negeri ini, dapat sedikit sebanyak meringankan beban dalam membangun dan membaiki sekolah serta rumah ibadat yang terbabit.

“Ini sekali gus akan memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat bukan Islam di peringkat akar umbi,” katanya.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah Tan Sri David Chu, selain beberapa pemimpin persatuan Cina di Sabah.

Hajiji kemudian diiringi Masidi yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur dan Safar, untuk menyampaikan sumbangan bantuan itu kepada wakil penerima.

TAMAT

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.