Tidak Malu Warisan Mempolitikkan Kebajikan UEL 🤭

Kesian macai Warisan dan admin simpati pada Ustaz Ebit Liew kerana kerja kebajikannya cuba dimanipulasi oleh macai macai Warisan.

Mereka cuba membuat perbandingan yang mengada-ngada seolah-olah kononnya kerajaan negeri Sabah (Gabungan Rakyat Sabah) tidak prihatin seperti mana ustaz berkenaan.

Kesian, sebenarnya mereka sedang menghina wakil rakyat Warisan itu sendiri.

Menjadi wakil rakyat yang makan gaji buta. Begitu juga dengan penyokong dan jentera mereka. Dari Warisan menjadi kerajaan sehinggalah hari ini jadi pembangkang keadaan mereka tetap begitu hidup segan mati tak mahu. Barua yang tidak ada maruah.

Untuk makluman Kampung Bangigod dan Labian yang dikunjungi oleh Ustaz Ebit Liew itu terletak DUN Tungku yang diwakili oleh parti Warisan. Disana Ustaz Ebit Liew telah menghulurkan sedikit bantuan pada mereka yang benar benar memerlukan berupa Tab, Basikal, Modem Broadband, Tangki Air dan lain-lain.

Semalam Setiausaha Agung Parti Warisan melalui entrinya di Facebook berhajat ingin berjumpa dengan ustaz Ebit lew. Betul-betul tidak ada rasa malu, mau jumpa orang yang menghulurkan bantuan untuk mendapatkan kredit kah, sedangkan masyarakat yang menerima bantuan itu berada dalam jagaan wakil rakyat Parti Warisan.

Kalau kerja kebajikan dari NGO seperti ini dijadikan bahan politik oleh pemimpin dan jentera Warisan maka semestinya mereka tidak berhenti disini, ini kerana ada banyak lagi kampung kampung dan masyarakat yang berada di DUN Parti Warisan yang sangat daif dan sewajarnya mereka mendapat perhatian daripada wakil rakyat mereka tapi habuk pun tidak ada.

Sebaliknya kalau benar wakil rakyat dan parti Warisan ikhlas melihat perkembangan seperti ini, semestinya mereka terlebih dahulu memuji kerajaan negeri Sabah kerana membenarkan atau mengalu-alukan kehadiran NGO yang bertujuan untuk membantu masyarakat di negeri ini sehinggalah mungkin pengundi Warisan itu sendiri mendapat tempias.

Oleh itulah sepatutnya kerja berkebajikan dari NGO seperti ini tidak boleh dipolitikkan untuk kepentingan parti. Pemimpin dan jentera Warisan harus faham dan bersikap profesional. Sampai bila kamu sanggup meminum titik peluh orang.

Sudah menjadi tabiat Warisan yang berusaha bertungkus-lumus diabaikan yang membodek bodoh dan tidak amanah diberikan kedudukan inilah yang berlaku dalam kepimpinan Presiden Warisan Shafie.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.