Shafie Hantar Surat Pada Agong Untuk Batal Darurat Lawan Covid 19

Apa sudah jadi pada sikap dan pemikiran Shafie Apdal selaku Presiden Parti Warisan. Tampak terdesak hingga tegar memperjudikan kesihatan rakyat. Kalau kelak yang hanya terjangkit dari kalangan penyokong Parti Warisan, bha tidak apalah suka hati Shafie lah. Tapi ini tidak sudah tentu pasti akan memungkinkan semua lapisan, justeru itu retorik ini tidak boleh dibiarkan. Mana boleh dibiarkan kalau Warisan yakin sangat gelombang Covid-19 ini hanyalah sandiwara politik seperti mana kenyataan pemimpin mereka sebelum ini. Nah keluarkan arahan pada semua penyokong dan jentera Warisan agar jangan memakai penutup muka bila berada di khalayak ramai. Kita nak tengok setahan mana antibodi mereka.

Oleh sebab itulah tindakan Shafie untuk membatalkan perlaksanaan darurat yang kita pun tahu bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19 wajib ditentang habis habisan.

Anda sebagai masyarakat jangan ikut bengap seperti mereka.

Begitulah perspektif rakyat atau pengundi atas pagar berhubung perkembangan terbaru yang dicetuskan oleh Warisan. Sebenarnya Warisan hanyalah mengikut jejak Anwar Ibrahim PKR dan beberapa lagi pemimpin UMNO yang sebelum juga berusaha menafikan perlaksanaan darurat. Hingga mereka diejek oleh rakyat sebagai golongan penderhaka kepada Raja Raja Melayu dan licik demi kepentingan diri dan kroni mereka.

Kata rakyat lagi benar benar PH dan segelintir pemimpin UMNO tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku selepas pilihan raya negeri Sabah 2020.

Lucu kata mereka sendiri bubar sendiri tumbang. Hahahaha!

Pokoknya tindakan membatalkan perlaksanaan darurat adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak melihat kepada kemaslahatan umum. Sebaliknya hanya melihatnya dari konteks politik semata-mata.

Kelmarin data menunjukkan kes jangkitan Covid-19 di kalangan rakyat Malaysia antara yang tertinggi sejak Covid 19 melanda negara. (Kes baharu kelmarin mencecah (4,275) adalah tertinggi pernah dilaporkan. Kes positif harian tertinggi sebelum ini adalah pada 16 Jan 2021 (4,029). Sumber @KKMPutrajaya)

Tapi malangnya Presiden Warisan tegar menghantar surat ke pihak Istana agar darurat yang telah diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong dibatalkan.

Orang lain walau setolol apapun tapi bila berada di posisi pembangkang maka kecergasan mereka akan bertambah menjadi sedikit celik. Berbeza dengan pemimpin Warisan, baik semasa menjadi kerajaan mahupun hari ini menjadi pembangkang. Tetap kekampung kampungan tidak ada hala tuju selain hanya memikirkan kelangsungan bendera putih.

Jangan haraplah apa lagi selepas Presiden Warisan mengutus surat pada pihak Istana, yang seolah olah mencurigai kemampuan Agong sebagai Ketua Negara di dalam memastikan kehidupan rakyat jelata sentiasa terjamin.

Adakah Shafie lupa siapa yang menyebabkan terjadinya gelombang kedua Covid 19 di Sabah? Mustahil lupa bukan tapi kenapa dia sanggup melakukan tindakan yang mendedahkan rakyat kepada ancaman Covid-19?

Bukankah angkara Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah pada ketika itu. Setelah kerajaannya tidak lagi mendapat sokongan dari majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Maka beliau telah menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi yang di-pertuan negeri agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beberapa hari selepas pembuangan undi, Sabah mulai dilanda gelombang kedua Covid-19.

Kerana keadaan semakin mendesak dan menular keseluruh negara maka Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencari jalan penyelesaian dengan menasihatkan Yang Dipertuan Agong agar mengistiharkan Darurat.

Selain pok pek pok pek politik dari kalangan pemimpin pembangkang dan seorang dua pemimpin UMNO. Telah menambah lagi beban kerajaan di dalam membendung penularan Covid 19.

Pun begitu sehingga hari ini ancaman Covid 19 terus menghantui rakyat jelata. Lebih-lebih lagi di kebanyakan tempat banyak kawasan yang dilanda banjir menyebabkan kerosakan harta benda awam dan ini sudah tentu telah merencatkan kawalan keatas Covid-19 hata darurat sedang dikuatkuasakan.

Tidak masuk akal langsung Shafie ni, dia yang mencetuskan gelombang kedua Covid-19 dia juga yang berusaha menggagalkan jalan penyelesaiannya.

Baiklah kamu sudah faham kan siapa yang menyebabkan gelombang kedua Covid-19 di Sabah. Kamu juga sudah tahu kan Warisan juga berusaha membatalkan darurat.

So jangan lagi berlengah, pergilah kecam kepimpinan Warisan tu. Kepimpinan yang tamak kuasa dan hanya reti menjaga kerabat dan kroni mereka.

Satu hal disebalik penolakan kepimpinan Warisan terhadap darurat yang sedang berjalan ialah sebenarnya kepimpinan Warisan amat takut sekiranya kes rasuah yang mereka hadapi dibicarakan dalam tempoh darurat. Dimana dalam tempoh ini tidak ada lagi pihak yang mampu menggugat keputusan hakim atau kenyataan berupa ugutan terhadap pentadbiran kerajaan. Pokoknya apapun keputusan hakim pada waktu itu tidak lagi boleh dipolitikkan oleh mana mana pihak atau parti politik yang bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

3 Comments

  1. Morning kawan..ada pekara nak bagitau..kau ada kenalan baik kat Sarawak..link direct pada GPS..si anwar ibrahim sudah belit GPS Sarawak ttg batal darurat skrg..rasanya dia pun claimed vote GPS kononnya sokong dia pasal tuuu..115 itu number πŸ˜† anna dah baca ttg Sarawak..up post gambar Dr James Jemut Masing..mmg pekara itu ada dibincang oleh GPS..tapi tidak bermaksud setuju sokong anwar ibrahim..lari sudah topiknya..PRN Sarawak mahu dibuat andainya mereka atau pendemik covid dapat di turunkan ke lekuk asal dan tidak mudaratkan rakyat atau sesiapa saja..sebab June 2021 penggal habis..anna ada balas komen pada mereka..mmg syarat utama kita kena reducekan covid19 ke tahap normal dan terkawal..lagipun usah khuatir..nescaya pekara ini ..akan dibincang bersama Federal semula..itu saja..sayangnya..anwar ibrahim telah seret juga GPS terlibat dgn angkara sumbang anwar ibrahim sendiri..maka tiada full majoriti buat anwar ibrahim..MP MP Umno yg bukan cluster toksikcovid pun tidak menyokong ttg batal darurat yg YDPA muktamad kan malah spekluasi kata PM8 TSMY pergunakan darurat ini demi lindung jawatannya..itulah tuduhan pembagkang yg berkali ulang siar dari sawan pertama yg berkait hal budget di parlimen..yg akan siidang parlimen pada Mac nanti_😁

    Liked by 1 person

    Reply

  2. Jangan cuba memberuntak Kedaulatan YDP Agong sebagai ketua Negara,Agong adalah Raja kita tidak boleh di cabar siapa siapa,siapa yang mencabar titah di Raja undang-undang sudah sedia ada. Jangan libatkan Agong kepentingan politik semata mata,sebagai seorang mantan ketua menteri sabah Warisan tidak sepatut nya mencabar YDP Agong untuk membatal kan darurat,Keputusan Yang Di Pertuan Agong adalah keputusan muktamad oleh itu undang2 tetap undang2 untuk cabaran presiden warisan.

    Liked by 1 person

    Reply

  3. tadi dah ada kat FB..apalagi kena clorox dgn nitizen..patutlah anwar ibrahim meroyan ttg numbers 115..kononnya..PKR (including PH+PR)..parti Warisan Shafie Afdal..dgrnya Tun M juga ..Marzuki yg bawa pi surat ‘watikah parti pejuang’..Umno cluster covidtoksik..La nie..Najib&ZahidHamidi saling tukar tukar flip flop..inilah org org tak guna..paling menyampah lihat perangai mereka bikin angkara..wajah wajah pembangkang yg sudah tua msg msg..paling lama berada dalam trend politik πŸ‡ΊπŸ‡Έ….bukan makin elok perangai..buat org sumpah seranah saja..YDPA pun dah respon hal mer eka..anwar ibrahim telah dj sekolah kan oleh YDPA..dan tentu marah anna pada Tun M belum padam lagi..πŸ™

    Annaariff1972πŸ™

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.