Siapa punya kerja ni?
Kejadian ini berlaku di negeri Selangor, Shah Alam.
Ada yang cakap, siapa lagi kalau bukan kerja penyokong UMNO yang bergaduh sesama sendiri akibat satu pihak tidak berkenan pada kepimpinan Zahid Hamidi.
Persoalannya siapakah penyokong UMNO itu. Siapa sebenarnya dibelakang mereka. Pasti ada bukan?
Baru baru ini Zahid Hamidi telah melakukan hal yang dapat memanfaatkan UMNO bila mana beliau selaku Presiden UMNO bersetuju menubuhkan Majlis Presiden Perikatan Nasional. Walaupun hal ini ditentang oleh Ku Li, alasannya kerana UMNO bukannya sebahagian daripada Perikatan Nasional.
Gara gara inikah kain rentang itu dipacak?
Atau kah sebenarnya totok totok itu adalah parasit dari luar yang ditugaskan untuk menghancurkan Perikatan Nasional dengan melemahkan persefahaman daripada dalam?
Sebelum kain rentang ini muncul, admin tengok ada ramai jentera UMNO yang mendesak agar Zahid Hamidi meletakkan jawatan dan berharap jawatan Presiden UMNO diserahkan pada bos mereka. Ini mereka lakukan di group group pro UMNO.
So tidak wajar bagi penyokong Zahid menuding jari pada parti Bersatu dan lain lain sebagai pihak yang bertanggungjawab. Tidak bersambung tu, kenapa pula kompenan Perikatan Nasional yang merosakkan UMNO daripada dalam.
Ada yang mendakwa ini adalah kerja jentera UMNO yang gagal mempertahankan UMNO pada pilihan raya yang lepas. Tapi hari ini orang yang sama yang dipertanggungjawabkan untuk membangkitkan UMNO?
Admin masih ingat sejurus kekalahan UMNO pada pilihan raya umum lepas Najib menggambarkan mereka sebagai Cybertroper penghabis beras. So berubahlah seiring dengan pemikiran rakyat Malaysia.
Apapun selepas ini sewajarnya Zahid Hamidi lebih berhati-hati hatta keatas pemimpin UMNO itu sendiri. Zahid kena sedar yang beliau ada kelemahan iaitu skandal yang sedang dibicarakan di Mahkamah dan sudah tentulah ia boleh dijadikan alasan untuk menidakkan kepimpinannya.
Sedarlah kamu, kalau UMNO tidak berkerja sama erat dengan Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional, maka susah tu bagi UMNO/BN untuk mengekalkan kerusi yang sedia ada. Di kawasan kampung kampung sajalah, itupun kalau di Sabah dan Sarawak memang peritlah.
Politik UMNO ni mudah dibaca macam sifir satu. Kalau pertengkaran itu berlaku sesama mereka maka akhirnya mereka akan berpelukan yang menjadi mangsa ialah orang luar yang berfikiran kritis. Tapi kalau UMNO bertengkar dengan orang luar ia boleh menguntungkan UMNO.
Jadi jika anda masyarakat yang tidak kepartian lebih baik jangan membicarakan persoalan yang berlaku dalam UMNO, kerja yang sia sia tu. Biarkan saja mereka selagi tidak menunjukkan keterbukaan dalam erti kata yang sebenarnya.
Sekarang dalam mereka meluahkan ketidakadilan terhadap kerajaan Perikatan Nasional tapi segala jawatan diisi oleh pengikut pengikut UMNO mereka yang mengisinya, lepas itu babau.
Tinggalkan Jawapan