Setiausaha Agong Warisan, Loretto ni baik semasa menjadi kerajaan mahupun hari ini menjadi pembangkang di negeri Sabah. Masih juga perangainya tidak berubah, hipokrit dan menumpang isu orang walau pun sebenarnya orang itu adalah musuh politiknya bukan hanya musuh tetapi modal terbesar untuk diburukkan di pilihanraya negeri baru baru ini hingga Parti Warisan mendapat beberapa kemenangan.
Pada pilihan raya negeri Sabah. Parti UMNO di canang sebagai parti dari Malaya yang tidak berguna, penghisap kekayaan Sabah oleh Parti Warisan. Selain sentimen kekitaan terhadap parti parti dan orang orang Semenanjung memandangkan UMNO berasal daripada sana.
Tetapi hari ini Setiausaha Agung itu kononnya menghargai cadangan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan kiranya parti-parti politik memberi laluan kepada Warisan untuk memenangi PRK Batu Sapi tanpa bertanding. Ini kerana kononnya Sabah berhadapan dengan ancaman Covid 19 sekaligus kekangan peralatan.
Peralatan apa pula ni Loretto.
Sejak Sabah diperintah oleh Perikatan Nasional yang ada hubungan baik dengan Persekutuan. Segala peralatan dan keperluan lain bagi menangani ancaman Covid 19 sentiasa mencukupi termasuklah kakitangan di barisan hadapan.
Jadi kepada si Loretto kalau terdesak hingga sanggup menjilat pernyataan pihak yang kamu keji hina sebelum ini, jilat sajalah. Tapi jangan mengada ngadakan cerita. Alahai!
Sejak bila Parti Warisan percaya pada kewujudan virus Covid-19. Bukankah pemimpin Warisan sendiri yang mendakwa bahawa pendemik Covid-19 hanyalah sandiwara politik.
Dan sejak bila pula Parti Warisan risau pada keselamatan barisan hadapan yang menangani Covid-19 sekaligus masyarakat ramai. Bukankah Presiden Warisan yang bertegas untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri walaupun dihalang Tan Sri Musa Aman. Malah sanggup mempertaruhkan nyawanya daripada menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Tan Sri Musa Aman hingga menyebabkan Pilihan Raya Negeri diadakan.
Pokoknya tidak berlaku pilihanraya negeri Sabah baru-baru ini sekiranya Presiden Warisan atau Warisan berjiwa besar mengakui yang pihaknya tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Tetapi malangnya kuasa lebih utama daripada kesejahteraan rakyat Sabah.
Persoalannya kalau benar Warisan bersetuju pada pandangan Timbalan Presiden UMNO untuk membiarkan Parti Warisan menang tanpa bertanding kerana faktor keselamatan akibat Covid-19.
Habis itu kenapa Warisan mengikut jejak UMNO tidak menyokong cadangan kerajaan untuk menguatkuasakan darurat yang bertujuan menghalang pilihan raya kecil dan umum dari berlaku kerana dikhuatiri menjadi pemangkin kepada penyebaran Covid-19 dan selepas itu bolehlah kerajaan menumpukan perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 itu sendiri tanpa dibebani ugutan yang tidak ada kesudahannya.
Warisan ni nak menang percuma melalui penyertaan musuh ketat mereka. Hahaha!
Tinggalkan Jawapan