PSS Yang Dicadangkan Oleh PM Hanya Untuk Semenanjung

Kerana tajuk macai pembangkang di negeri Sabah huru-hara. Hahaha!

Pada 30 Oktober 2020 perdana menteri ada menyuarakan pendapatnya bahawa kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan pendatang asing tanpa izin atau PATI di negara ini akan diberikan pas pekerja sementara PSS bagi menangani krisis kekurangan pekerja sejak kawalan covid-19 dikuatkuasakan.

Dikenalpasti sektor yang berhadapan dengan kekurangan pekerja ialah sektor perladangan getah dan kelapa sawit.

Begitulah berita rasmi yang tersebar tapi kerana pembangkang ni sudah kehabisan modal politik maka mereka sedaya-upaya memutar belit cadangan itu dengan harapan cadangan PSS era mereka atau Warisan akan kelihatan lebih baik dari yang ini. Hahaha!

PSS yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Warisan sebelum ini berbeza dengan apa yang akan dijalankan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

PSS di era Warisan semua mereka kategorikan sebagai PATI walaupun ada diantara mereka yang memegang dokumen diri yang diiktiraf oleh pemerintah. Manakala yang tidak ada keterangan diri secara automatik layak diberikan PSS walhal sepatutnya mereka perlu dihantar ke negara asal terlebih dahulu.

Hakikatnya PSS kali ini baru diperingkat cadangan ketika Perdana Menteri menjawab isu kekurangan pekerja ladang getah dan kelapa sawit di Semenanjung bukannya untuk Sabah atau ada hubung kaitnya dengan pendatang asing tanpa izin yang ada di Sabah. Cadangan itu juga belum dibincangkan dengan diperingkat Menteri atau Kementerian yang terbabit.

Di Semenanjung kebanyakan PATI tidak dapat dihantar balik ke negara asal kerana pandemik Covid 19. Justeru itu mereka akan diberikan pas kerja sementara PSS untuk tempoh setahun dan urusan itu mudah dilaksanakan kerana kedutaan negara mereka ada di Malaysia. Lagipun urusan mengambil pekerja dari luar secara sah tidak dapat dibuat ketika semua negara menghadapi masalah Covid-19.

Ribuan Tunjuk Perasaan Di Bangladesh Mahu Balik Ke Malaysia

Berbeza dengan PATI yang ada di Sabah terutamanya dari negara jiran Philippines. Kerajaan menghadapi kesukaran kerana kedutaan Filipina tidak ada di Sabah. Kalau mahu berurusan terpaksalah agensi negeri berurusan dengan kedutaan Filipina yang berada di Kuala Lumpur atau Brunei atau pergi ke negara asal PATI.

Bahasa mudahnya untuk apa kerajaan negeri Sabah mengambil pekerja daripada luar sedangkan PATI yang ada boleh dimanfaatkan dalam masa yang sama boleh dijadikan jalan penyelesaian.

Namun begitu itu sehingga hari ini belum ada cadangan untuk memberi pas kerja sementara PSS kepada PATI PATI yang ada di Sabah.

Sebaliknya buat masa ini kerajaan negeri lebih fokus melawan penularan covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri baru-baru ini. Dimana semua orang perlu mematuhi SOP PPKP dan PKPD untuk memecahkan rangkaian penularan Covid-19, termasuk di kalangan PTI yang masih bebas atau dalam tahanan.

Kerajaan Sabah akan fokus kepada lambakkan PTI setelah pendemik Covid-19 dapat dikawal.

Ini adalah kerajaan negeri yang prihatin dan akan menyelesaikan isu yang berbangkit secara holistik.

Jadi pada laskar Parti Warisan yang bekas pendatang tu jangan kamu terlalu lupa diri hingga menentang pemutihan PTI sejuta persen. Bagi pula orang lain untuk merasa erti kehidupan di bumi yang bertuah ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.