Buat Masa Ini Tidak Perlu Ada Jawatan TPM – Annuar Musa

Annuar Musa menyampaikan kehendak Perdana Menteri bahawa tidak perlu buat masa ini bagi mana-mana pihak mendesak atau menekan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana Perdana Menteri perlu diberikan peluang yang seluasnya untuk memimpin negara tanpa sebarang tekanan.

Pun begitu jika sekiranya Perdana Menteri mengubah fikiran untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri maka itu adalah hak beliau. Begitu kata Annuar Musa yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)

Nampak gayanya ada pihak yang melepas dari kalangan ahli parlimen UMNO. Nama yang disebut-sebut sebelum ini seperti Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat dan beberapa lagi termasuklah Presiden UMNO sendiri Zahid Hamidi.

Anwar Ibrahim yang menjadi mastermind nampaknya sekali lagi tersisih dari percaturan politik bagi menduduki jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Begitu juga dengan Najib Razak tersepit di antara taktik dan kenyataannya. Baru baru ini beliau ada mencadangkan sekiranya UMNO berkerjasama dengan PKR sekaligus menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun mendapat tentangan dari majoriti ahli perlimen UMNO itu sendiri. Dangkal kata mereka kerana PKR adalah sekutu DAP yang tidak boleh dipisahkan.

Dangkal ya dangkal tapi sebenarnya dalam diam UMNO ada merisik DAP untuk bekerjasama hal ini telah disahkan oleh Lim Kit Siang. Walaupun tidak kesampaian tapi niat sudah ada. Hahaha!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.