Agong dan Raja Raja Melayu Pertahan Muhyiddin Selaku Perdana Menteri

Yang di-pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu mempertahankan keberadaan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia.

Dalam erti kata lain biarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir kerajaan Malaysia. Tunggu saja penggal pemerintahannya berakhir.

Yang dipertuan Agong juga mengingatkan ahli politik atau Ahli Parlimen agar jangan lagi mengganggu pentadbiran kerajaan. Termasuklah menganggu atau menggagalkan belanjawan yang akan dibentangkan kelak.

Duduk jangan lari. Game over!


KENYATAAN MEDIA

Kuala Lumpur, 25 Oktober, 2020.

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Rr’ayatuddin Al-Mustata Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan memperhalusi permohonan yang telah dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sn Muhyiddin Yassin di majks menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu (23 Oktober, 2020.

Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.

Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.

Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Kendatpun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli politik meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini.

Al Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang telah pernah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan wabak ini.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu Kerajaan dan pihak pihak berkuasa membendung wabak COVID- 19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.

Al Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak COVID 19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara

6 Comments

  1. Jangan buat perkara politiking bodoh untuk tambah huru harakan negara dengan statement tukar kerajaan…
    tukar PM. Cukup!
    Ini bukan masa bercakap tentang politik. Ini masa untuk kita bersatu padu bersama menyokong penuh kerajaan dan PM Muhyidin agar kita kuat memerangi bersama wabak Covid19 hingga dapat tangani dengan baik dan aman, termasuk bersama pulihkan semula ekonomi.

    Liked by 1 person

    Reply

  2. Salam
    Pemimpin yang sedia ada adalah cukup.berwibawa dan ketokohannya sebagai pemimpin sangat sangat dibangga oleh rakyat serata pelusok, kecuali ada segelintir yang terlalu gilakan kuasa dan beberapa pengikutnya ingin memporak porandakan Malaysia ini untuk kepentingan diri dan keluarga.

    Jika mereka ini yang dua tiga kerat dinyahkan dari pemerentahan nescaya Allah akan memberi keamanan dan kedamaian pada semua rakyat Malaysia.

    Kawan saya yang berbangsa Cina dan India juga berpendapat demikian dan selagu seirama mengatakan dua tiga kerat ini harus dinyahkan.

    Waalah huaklam.
    Allah jua maha besar dan berkuasa
    Aamiin

    Like

    Reply

  3. PM dan kabinetnya patut membuat penilaian secara ikhlas dgn penuh keinsafan dengan keadaan negara yg menghadapi masalah serangan virus tanpa diketahui punca dan kedudukan ekonomi negara yg meruncing samada keahlian kabinet yg ramai dek perlantikan atas dasar pengukuhan kerajaan dengan cara pemberian membalas budi. Rakyat tidak dapat melihat ketokohan mereka dalam melaksakan tugas mentadbir sebuah negara. Negara dalam keadaab runcing memerlukan pemimpin yg mempunyai nilai tambah yg dapat menyakinkan ketua-ketua negara luar dan pelabur dari negara luar.
    Penubuhan kerajaan secara tidak dalam kebiasaan pemilihan rakyat menjadikan mereka sentiasa berhati-hati menjaga kepentingan sesama mereka , menyebabkan tiada lonjakan kematangan dalam urusan rakyat dan negara.
    Demi mengembalikan maruah negara dimata dunia maka tampok kepimpinan dan keahliannya memerlukan perubahan segera.
    Manakan menjadi perlu kerjasama pihak pembangkang dengan peruntukan untuk mereka menjalani tugas sbg wakil rakyat dinafikan.
    Wallahu a’lam

    Like

    Reply

    1. Ketokohan apa lagi bro berjaya mengekang penyebaran Covid 19 berbanding negara negara jiran malah negara negara jiran, itu sudah cukup membuktikan yang kepimpinan kerajaan dibawah PM Muhyiddin berkemampuan dan cekap.

      Malah alasan yang diberikan oleh Sultan itu adalah alasan yang hanya boleh dikeluarkan oleh Istana atau Sultan itu sendiri. Maksudnya tidak terfikir pun sebelum ini oleh mana-mana pemimpin yang ada di Malaysia ni kecuali melaksanakan darurat.

      Like

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.