Puad Zarkashi Biri Biri Menjadi Singa

Suka admin membaca tulisan yang berbentuk satira apa lagi kalau ditujukan keatas pemimpin UMNO yang tidak sudah-sudah menyalahkan rakan sekutunya walhal dirinya itu adalah liabiti.

Siapa lagi kalau bukan Puad Zarkashi.

Bacalah mungkin ramai yang belum tahu. Dia pernah mengetuai agensi kerajaan yang paling gagal selain kegagalannya sebagai pemimpin UMNO.

Admin sudah lama tahu sebab itulah admin muak bila membaca karangan dongengnya. Ibarat seekor Kucing yang cuba menjadi seekor Harimau yang ganas.

Hakikatnya mana ada orang takut pada kucing.


Oleh Daud Ibrahim.

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Johor, Puad Zarkashi mengarang dengan panjang lebar di FB nya utk menyerang Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Azmin Ali yg digelar pengatur politik dlm PPBM.

Dia menuduh Azmin Ali menaja sebuah portal menyerang Umno, bagi mengambarkan Umno gila kuasa.

Siapa Puad ni? Kenapa dia kerap sangat menyerang PM, PPBM dan kini menyerang Hamzah & Azmin.
Puad adalah bekas budak PAS. Dia masuk Umno bersama kawan2nya termasuk Saifuddin Nasution.

Sejarah kejayaan Puad dlm politik ialah apabila dia kalah dlm PRU13 di Parlimen Batu Pahat, di tangan Idris Jausi (PKR) ketika dia berjawatan Timbalan Menteri Pendidikan.
Parlimen Batu Pahat, sejak Allahyarham Datuk Jalal Abu Bakar, Datuk Daud Datuk Taha, Hj Siam Kasrin, Dr Junaidi Abd Wahab dan Hj Mansor Masikon merupakan kubu kuat Umno.


Tetapi di tangan Puad Zarkashi, Umno kecundang.
Walaupun kecundang, Puad masih mengekalkan jawatan Ketua Bahagian. Biasanya, kalau dah kalah, rakyat dah tolak, dia perlu cermin diri. Berundurlah. Ini tidak. Dia masih mahu memegang jawatan itu.


Dlm PRU14, dia tidak dipilih oleh parti utk bertanding. Dia mengamuk. Dia ugut nak keluar parti. Saya dah banyak kali tulis kisah ini, tetapi saya tulis lagi supaya org Batu Pahat mengenali Puad secara mendalam.
Dia dikatakan melobi dengan PM nak jadi Ketua Pengarah JASA. Banyak juga JASA menerbitkan buku mempertahankan 1MDB.

Tugas hakiki JASA utk menyampaikan/memberi penerangan kpd rakyat dasar2 kerajaan tidak diberi keutamaan. Puad seorang KP yg gagal. Akhirnya JASA menjadi jasad. Saya tidak tahu jasad sempat dikebumikan atau tidak. Saya juga tidak tahu jasad ditalkinkan atau tidak. Yg pasti, JASA menjadi jasad di tangan Puad.


Hari ini, Puad nak menonjol sebagai pembela Umno. Kalau nak bela Umno, Puad sepatutnya memastikan Batu Pahat, DUN Penggaram, DUN Senggarang dan Rengit dimenangi. Skrg, hanya DUN Rengit sahaja dimenangi BN, tetapi Parlimen Batu Pahat, DUN Senggarang dan Penggaram tewas.


Buatlah kerja utk BN menang kembali kerusi2 ini. Jadikan “biri-biri sebagai Singa” di Batu Pahat. Insyaallah, seluruh biri2 di Johor seperti Pulai, Kulai, Johor Bahru, Tebrau, Pasir Gudang, Iskandar Puteri, Muar dan Sekijang bertukar menjadi singa.


Mcm mana biri2 nak bertukar menjadi singa kalau gembala biri-biri org seperti Puad. Maaf cakaplah, kalau Puad lepaskan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, peluang biri2 menjadi singa akan terjadi.


Tetapi, selagi kelibat Puad ada dlm Umno, saya bimbang singa akan bertukar menjadi biri-biri, khususnya di Batu Pahat.
Ulasan politik Sabah seperti yg Puad tulis dlm FB dia, sedikit pun tidak betul. Dia tak tahu apa2 perbincangan antara BN, PN dan GRS. Dia menulis hanya nak memanjangkan karangannya bagi menyedapkan hujah menyerang DS Hamzah & DS Azmin.

Saya sangat berharap DS Hamzah dan DS Azmin tidak memberi respon kpd tohmahan jahat Puad Zarkashi yg kini dikenali sebagai gembara kambing biri-biri yg nak dijelmakan menjadi singa.

(Cukup setakat ini dulu. Nanti saya tulis lagi isu Puad yg tak habis2 menyerang PM)

2 Comments

  1. Annaariff1972 πŸŒΊπŸ˜€πŸπŸπŸPNPPBM M'sia πŸŒΊπŸ’―πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†— October 19, 2020 at 9:25 pm

    πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..mau jadi Singa… πŸ€”πŸ€”πŸ€” kami pernah digelar Singa takde gigi.. means apa mau takut eeeek.. namun anna mmg pantang org melekeh kami.. lantas anna pun memanggil mereka.. Heii.. kami mmg takde gigi.. 😟😟..tapi kami ada sesuatu yg ada pada kami.. ceeeng.. takde gigi.. kita geli geli aja (tup tup Up nama Geely partner Proton).. dgn sikit lentok dan libas libas guna ekor.. tetiba bila saling menghadap.. ‘iya.. kami mmg takde gigi.. tapi ceengg.. kami ada kuku.. Kuku kami Kuku Besi..bayangkan apabila dicakar zuuuupp zuuuupp.. calar balar berbirat.. adeeehhh.. betapa seronoknya.. masa tu Takiyuddin.. adeeehhh.. itu cerita ttg Tun M dan anna.. cuma takat ‘sergah gertak herdik mereka.. ini Ular Lidi pun sudah terjerit pekik.. tersampok sampai salah sokong org ooii πŸ˜›πŸ˜›πŸ˜›..tak baik aniaya org.. apalagi anak Yatim Piatu.. kasihan kami.. boleh πŸ˜€

    Don’t Scared.. πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘» only.. Ja..

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.