Senario 18hb Oktober Covid 19 – MKTP

A. LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19

1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 702 kes. Bilangan kematian adalah 6 orang. Jumlah kumulatif kes
COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 7,439. Sehingga hari ini, seramai 2,728 pesakit dilaporkan telah sembuh dan pada hari ini, seramai 4,650 pesakit sedang menerima rawatan di dalam wad.

2 Ketika ini lima belas (15) daerah telah menjadi zon merah. Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

3 Hari ini mencatatkan kes tertinggi positif COVID-19 sebanyak 702 kes. Sungguhpun bilangan kes agak tinggi, saya menyeru rakyat supaya tenang dan sentiasa mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

4 Peningkatan kes di Sabah juga adalah disebabkan hasil saringan lapangan yang diperluaskan serta bersasar di kawasan jangkitan di lima belas (15) daerah zon merah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar, Kota Belud, Keningau, Tambunan, Beaufort dan Ranau.

5 Disamping itu, peningkatan ini adalah hasil daripada keputusan ujian makmal terhadap tunggakan sampel sebelum ini yang dianggarkan sebanyak 18,000 sampel.

6 Rakyat tidak perlu risau kerana langkah kawalan pencegahan membendung penularan jangkitan telah dilaksanakan oleh JKNS di mana seramai 1,577 orang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan seramai 29,470 orang yang diperintahkan kuarantin rumah. Disamping itu, bagi manamana penduduk yang mempunyai gejala dan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 diminta untuk membuat saringan COVID-19 dengan segera.

B. PERKHIDMATAN KESIHATAN DI NEGERI SABAH

1 Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang mempunyai seramai 26,379 kakitangan berupaya mengendalikan kes-kes COVID-19 di negeri Sabah.

2 Pasukan JKNS juga dibantu oleh seramai 255 petugas perubatan dan kesihatan awam yang dihantar dari Semenanjung Malaysia dan Negeri Sarawak mengikut pecahan berikut:

a. Pakar Perubatan – 24 orang
b. Pegawai Perubatan – 82 orang
c. Penolong Pegawai Perubatan – 43 orang
d. Jururawat – 66 orang
e. Juru Teknologi – 9 orang
f. Juru Xray – 9 orang
g. Pemandu – 4 orang
h. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – 16 orang
i. Pembantu Kesihatan Awam – 2 orang

3 Hospital Medan di daerah Tawau akan beroperasi mulai 20 Oktober 2020. Angkatan Tentera Malaysia telah menghantar pasukan perubatan yang terdiri daripada lima belas (15) pegawai dan lapan puluh dua (82) anggota paramedik. Sementara itu, Kerajaan Negeri akan menanggung kos penginapan, pengangkutan dan makan minum pegawai dan anggota paramedik.

4 Kerajaan Negeri amat menghargai tindakan KKM dan Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha meningkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah untuk menangani pandemik COVID-19.

5 Terdapat isu yang ditularkan di media sosial berkenaan kekurangan Personal Protective Equipment (PPE) di hospital kerajaan. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan bahawa tidak terdapat kekurangan PPE di hospital-hospital kerajaan.

C. BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

1 Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, 55,844 bakul makanan telah diagihkan.

D. BANTUAN SUKARELAWAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGOs)

  1. Kerajaan Negeri menyeru kerjasama dan penglibatan lebih ramai sukarelawan perubatan dan kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan / NGOs di negeri ini untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerangi pandemik COVID-19 di Sabah.
  2. Kerajaan Negeri berharap lebih ramai sukarelawan dan NGOs akan tampil sebagai sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk menampung keperluan tenaga tambahan khususnya di pusat-pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di Sabah.
  3. Mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGOs) yang ingin menyumbang boleh berhubung dengan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan
    Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri.

E. KEMPEN KESEDARAN COVID-19

1 Kerajaan Negeri akan memperhebatkan lagi kempen-kempen kesedaran COVID-19 di seluruh negeri ini sebagai peringatan kepada masyarakat bagi menerapkan norma baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

2 Pendekatan bersepadu kerajaan dan langkah-langkah yang diambil oleh KKM perlu disokong oleh segenap lapisan masyarakat. Kerajaan Negeri menggesa semua pihak untuk mengurangkan jangkitan dan melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 di Sabah.

F. PENGHARGAAN KEPADA BARISAN HADAPAN (FRONTLINERS)

1 Kerajaan Negeri ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua barisan hadapan (frontliners) yang terlibat dalam membendung penularan pandemik COVID-19 yang melaksanakan sekatan jalan raya (SJR), Penguatkuasaan SOP, Kawalan ke atas 12 kawasan PKPD, Aktiviti nyah kuman, Pengagihan Bakul Makanan, Kawalan keselamatan di Pusat Kuarantin dan Hospital Tambahan, Kawalan perairan dan kawalan pintupintu masuk.

2 Setakat hari ini, mereka yang terlibat adalah terdiri daripada seramai 1,357 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 3,863 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 134 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 287 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, 1,120 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 90 anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

3 Penghargaan khusus juga kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan semua petugas kesihatan di klinik dan hospital swasta yang bertungkus lumus menanggani dan membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri Sabah.

Semua lapisan masyarakat digesa untuk sentiasa patuh kepada SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri ini termasuklah memastikan jarak fizikal dipatuhi setiap masa, pemakaian pelitup muka dan hand sanitiser serta kerap mencuci tangan. Kerjasama semua pihak adalah penting untuk mengekang penularan dan melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 di Sabah.

kitajagakita #stayhome #staysafe Sekian.

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II 18 Oktober 2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.