Senario 14hb Oktober Covid 19 – MKTP

A. LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVlD-19

  1. Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 429 kes. Bilangan kematian adalah 4 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 5,493 kes. Sehingga hari ini, seramai 3,242 pesakit sedang menerima rawatan dan seramai 2,208 pesakit dilaporkan telah sembuh.

B. BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

  1. Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, 19,587 bakul makanan telah diagihkan.
  2. Pengagihan bantuan bakul makanan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

C. WAD HOSPITAL TAMBAHAN

  1. Kerajaan Negeri menghargai bantuan jabatan/agensi persekutuan dalam menangani pandemik COVlD-19 di Sabah. Sementara itu, semua kos utiliti di semua 16 bangunan yang dijadikan wad hospital tambahan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sabah.

D. PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

  1. Semua kegiatan berkaitan sektor ekonomi, industri dan perniagaan adalah dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 14 Oktober 2020 seperti di Lampiran A.
  2. Para Pengusaha dan Peniaga dikehendaki untuk mematuhi perincian SOP seperti berikut:

(a) Masa operasi perniagaan bermula 6.00 pagi sehingga 6.00 petang.

(b) Bilangan pekerja perniagaan hendaklah dihadkan kepada hanya 50% pada satu-satu masa.

(0) Laksana jarak sosial (social distancing) satu meter.

(d) Kawalan jumlah Pembeli yang munasabah dalam satu-satu masa.

(e) Penetapan satu pintu/laluan masuk dan satu pintu/laluan keluar.

(f) Had masa bagi setiap pembeli tidak lebih 30 min.

(9) Pengimbasan suhu badan oleh pemilik premis. Saringan suhu badan dilaksana di laluan masuk premis kerja (suhu badan dangan bacaan melebihi 37.5 darjah celsius dan ke atas tidak dibenarkan masuk). Sekiranya, suhu badan majikan/pekerja/pelanggan menunjukkan 37.5 darjah celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk dan hendaklah dirujuk kepada Jabatan kesihatan dengan serta merta.

(h) Pelanggan dan pekerja diwajibkan untuk memakai face mask dan menggunakan hand sanitizer.

(i) Pengusaha premis diwajibkan melakukan kerja-kerja menyahkuman di premis masing-masing secara berterusan.

  1. Aktiviti dan Pusat-pusat / Premis Hiburan, Kelab-kelab Hiburan termasuk kelab malam, pub, panggung wayang dan aktiviti perjudian tidak dibenarkan beroperasi.
  2. Semua penduduk Negeri Sabah adalah diperingatkan untuk sentiasa peka dengan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa. Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian COVlD-19.

kitajagakita #stayhome #staysafe

Sekian.

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN || 14 Oktober 2020

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.