Yusof Mengata Kabinet dan Menteri Tugas Khas Walhal Dia Yang Gagal Total

Suka admin mengambil peduli berkenaan konon pendapat peribadi seorang bekas Menteri Pelajaran Sabah yang juga Adun Sindumin Datuk Yusof Yacob.

Walaupun kenyataannya itu disampaikan sebagai sidang media. Hahaha. Lucu!

Sidang/kenyataan media rasmi selaku Adun tapi pandangan peribadi? Sia sia pengalaman selaku bekas Menteri dan Ketua Penerangan Parti Warisan.

Datuk Yusof adalah antara pemimpin Warisan yang gagal memikul tanggungjawabnya baik sebagai seorang Menteri mahupun sebagai Ketua Penerangan Parti. Buktinya Warisan kecundang di pilihan raya negeri.

Yusof kononnya melihat barisan Kabinet kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah terdiri dari orang baru kecuali Datuk Hajiji sendiri dan Datuk Masidi justeru itu kononnya tidak mantap atau bukan kombinasi yang baik.

Persoalannya bagaiman pula dengan barisan Kabinet Warisan sebelum ini yang terdiri dari orang orang muda lagi langsung tidak ada pengalaman sebagai pemimpin politik dan selok belok pentadbiran sebuah kerajaan negeri, malah ada yang tidak berapa berpendidikan namun ditawarkan jawatan Menteri yang bertanggungjawab menyediakan infrastruktur dan prasarana seperti mana Peter Anthony. Justeru itu timbul persoalan apa yang telah dicapai oleh Peter Anthony selaku Menteri Infrastruktur era kerajaan Warisan? rasuah.

Begitu juga dengan Menteri Pertanian, Junz Wong. Pengalaman dan kemajuan apa yang telah dicapai oleh Kementeriannya? Pengalaman katak politik dari DAP ke parti Warisan adalah.

Pembantu Menteri Kewangan era Warisan iaitu Adun Merotai juga ternyata gagal apabila dia sendiri tidak sedar kalau ada dikalangan wakil rakyat Parti Warisan yang dilantik sebagai pengerusi dalam GLC. Walhal dalam manifesto Warisan tidak akan melantik wakil rakyat sebagai pengerusi.

Alah Yusof Yacob sendiri selaku Menteri Pelajaran Sabah era Warisan pun habuk pun tidak ada. Kemajuan apa yang telah dicapai oleh Kementeriannya? tidak ada kan? yang ada hanyalah, kalau menurut bekas Setiausah penerangan parti Warisan Sabah. Bahwa sepanjang dia dan Datuk Yusof Yacob melawat ke Sekolah Sekolah tertentu tidak pernah sekalipun Datuk Yusof memberikan atau mengumumkan peruntukan kepada Sekolah berkenaan. Punyalah teruk, makan gaji buta gamaknya.

Berkenaan kritikannya keatas Menteri Tugas Tugas Datuk Arifin Arif kononnya tidak berkemampuan kerana sebelum gagal memikul tanggungjawabnya sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan kononnya perlu diperbaiki terutamanya berkaitan Sekolah Agama Rakyat, SAR dan guru agama Islam.

SAR?

Hakikatnya di era kerajaan BN dimana Datuk Arifin selaku pembantu Menteri telah berjaya membawa pembangunan antara lain.

Ada 2 Sekolah Menengah Ugama baru berjaya dibina.

Beberapa bangunan tambahan dibina di Sekolah Menengah Ugama TPHR. Perpustakaan Islam diwujudkan. Ada bazar besar di masjid utama. Ada 6 pejabat Jheain yang baru. Begitu juga dengan pembinaan beberapa Sekolah Agama Negeri telah berjaya membina sebanyak 103 yang di kelola oleh Jheains.

Dia bilang SAR. SAR penduduk setempat yang dirikan bukan Jheains, kan SAR tu Sekolah Agama Rakyat.

KAFA bukan dibawah Jhesins tapi Jakim.

Era kerajaan BN Sabah ramai anak tempatan yang dihantar ke Mesir untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Ratusan lagi ditaja dalam bidang pengajian agama.

Sebaliknya sejak era kerajaan Warisan tiada seorang pun anak anak Sabah yang ditaja atau dihantar meneruskan pengajian dalam bidang perubatan.

Bangunan kompleks Mahkamah Syariah Sabah yang sedang atau siap pun dibina di era kerajaan BN Sabah.

Jadi kelemahan ataupun kegagalan apa yang mahu dicanang ni. Cukup cukuplah tu mempersoalkan kerja yang pernah dilalui oleh Warisan tetapi ternyata gagal.

One Comment

  1. Sekarang PPBM /GRS sudah memerintah di Sabah. Tanyalah dulu SUT Kementerian Pelajaran dan Inovasi apa yg sudah dibuat selama 26 bulan. Ada fail, ada fakta.
    Saya bertanya semula –

    1. Siapa yang atur bila 11,000 pelajar2 Sabah di Semenanjung, Sarawak dan luar negara terkandas akibat Pandemik Covid19 dan implementasi PKP.
    2. Siapa yang membekalkan makanan kepada pelajar2 Sabah mula2 terkandas di Sarawak dan Semenanjung pada mula mula PKP dilaksanakan.
    3. Siapa yg mengkoordinasi dan membayar tambang kapal terbang RM2.7 juta membawa balik pelajar Sabah dari Semenanjung dan Sarawak serta luar negara. Kita bayar tambang pelajar balik ke Sabah bila Kem Penbajian Tinggi tidak sanggup bayar.

    4. Kementerian mana yang membekal bantuan kepada UMS RM 1.2 juta dan bekalan mask ke semua sekolah2 di Sabah.
    5. Kementeria mana yg meluluskan pembaikan kecil ke sekolah2 dan asrama2 di Sabah dan membekal peralatan seperti kerusi meja, katil, tilam, dewan terbuka untuk sekolah2.
    6. Kementerian mana yg memberi sumbangan tunai untuk PIBG-PIBG sekolah menengah dan sekolah rendah.
    7. Kementeria mana yg menambah biasiswa kepada RM52 juta untuk anak anak Sabah masuk ke IPTA/IPTS khususnya anak keluarga B40 dan miskin tegar.
    8. Siapa yg menubuhkan Jawatankuasa Infra Digital Sabah- Rancangan Pendigitalan Sabah Sepenuhnya menjelang 2024.
    9.Siapa yg membentuk JK TASK FORCE untuk menyelesaikan masalah di Sabah:
    @ Sekolah Daif
    @Sekolah belum ada CF/OC
    @ Sekolah tiada title tapak
    @ Sekolah tiada infra

    10. Dan lain lain.

    Terima kasih.

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.