Mari Kesekalian Bangsa Bersentosa Dan Bersatu – KM Hajiji Noor

KENYATAAN MEDIA
YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR
Ketua Menteri Sabah

Menjunjung kasih atas perkenan dan kepercayaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin melantik saya untuk menjalankan amanah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pelantikan ini merupakan penyempurnaan kepada mandat yang telah diberikan oleh rakyat di Sabah untuk penubuhan sebuah kerajaan baharu. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat sekalian rakyat yang telah menunaikan hak serta tanggungjawab dalam proses demokrasi sekali gus membolehkan penubuhan kerajaan baharu secara tertib dengan kewujudan mandat yang jelas.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah menzahirkan sokongan untuk saya memimpin Kerajaan Negeri Sabah, khususnya daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah dan ADUN-ADUN Bebas.

Sesungguhnya, saya adalah Ketua Menteri kepada Kerajaan Negeri yang inklusif dan akan memberikan sepenuh khidmat kepada semua rakyat di Sabah, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan pegangan politik. Amanah dan tanggungjawab ini amat besar dan mencabar. Saya memohon semua pihak termasuk sekalian rakyat untuk bersatu demi kepentingan tanah air. Hasrat saya untuk memimpin sekalian rakyat ke arah Sabah Maju Jaya. Cabaran utama di hadapan kita adalah untuk membendung penularan pandemik Covid-19 dan seterusnya menangani implikasinya.

Marilah sekalian bangsa sentosa, kita bersatu, berganding bahu dan bekerjasama, merealisasikan impian untuk mewujudkan negeri Sabah yang maju dan rakyatnya yang berkemajuan.

Sayangi Sabah.

YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.