Tanah Kubur Baharu Membalua Perlu Disegerakan

KOTA KINABALU: Pembukaan tanah perkuburan orang Islam berkeluasan 10 ekar di kawasan Membalua Tawau yang sudah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada persidangan April lepas diharap dapat disegerakan.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pembukaan kawasan tanah kubur baharu itu amat diperlukan orang Tawau.

“Usul pembukaan tanah perkuburan ini saya yang cadangkan di DUN dan syukur selepas kita berjuang kira-kira dua tahun, akhirnya diluluskan DUN,” katanya, di sini, semalam.

Nizam berkata status tanah perkuburan baharu yang berkonsep kuburan dalam taman itu sudah dikeluarkan dari kawasan hutan simpan dan diwartakan di bawah Ordinan Tanah.

Tiga hari lepas, tular foto dan video mengenai kerja-kerja pembongkaran beberapa kubur di Batu 3 Jalan Apas, kerana dikatakan sudah memasuki kawasan kilang berhampiran.

“Sepanjang menjadi wakil rakyat selama dua tahun, saya memang tidak berpuas hati kerana banyak perancangan yang tidak dapat dilaksanakan berikutan politik tidak stabil.

“Namun sebagai wakil rakyat, saya sentiasa komited memperjuangkan isu air, elektrik dan kemudahan asas termasuk rumah-rumah daif supaya diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.

Mengulas persiapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tawau pula, beliau sebagai ketua bahagian berkata jenteranya kini dalam fasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, BERSATU Tawau memiliki 105 cawangan dan menunggu proses rundingan bersama parti-parti kerjasama di dalam Perikatan Nasional (PN) berhubung penentuan kerusi dan calon.

“Kita harap rakyat memberi peluang kepada PN menerajui Kerajaan Negeri untuk melonjakkan kembali keadaan ekonomi dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Kita lihat kepimpinan parti BERSATU terutamanya Perdana Menteri yang fokus dan komited membantu rakyat termasuk semasa COVID-19 melanda, bukannya retorik semata-mata,” katanya.

Sumber Utusan Borneo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.