Wajarkah Christina Dibela Oleh Shafie, Sanggup Ganti RM557 Juta Guna Tanah Rakyat

Kalau tidak silap ini adalah kali kedua admin mengutip entry yang dimuat turun oleh page Najib Razak berkaitan dengan kebobrokan pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah di bawah Parti Warisan.

Iaitu berkaitan penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Infrastruktur Sabah Peter Anthony.

Admin juga pada artikel pertama mencabar para pemimpin dan jentera Warisan agar bangkit mengkritik balik atau melawan habis-habisan tuduhan yang telah ditulis oleh Najib. Apa lagi si Peter sejurus hadir di mahkamah telah merayu pada pengikutnya agar meneruskan perjuangan dan mereka adalah pihak yang bermaruah.

Tapi nampaknya sehinggah hari ini tiada seorangpun yang berani menyahut cabaran itu.

Hanya menggonggong di grup WhatsApp yang hanya dianggotai oleh sesama mereka. Hahaha!

Buktinya tiada satu pun kenyataan daripada pemimpin dan jentera Warisan yang melekat di page Najib dan viral hingga berjaya membuka pemikiran masyarakat Sabah.

Kerana tiada seorang pun yang tampil maka itu menunjukkan
dakwaan Najib Razak terhadap Menteri Infrastruktur Sabah Peter Anthony ada kebenarannya. Apa lagi si Peter sedang berhadapan dengan dakwaan penyelewengan di Mahkamah Kota Kinabalu.

Sekali lagi admin mengutip entri dari page Najib Razak berkaitan kuasa seorang Ketua Menteri terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew.

Peliknya Ketua Menteri tetap mempertahankan Christina Liew walaupun hakim telah menjatuhkan hukuman bayar ganti rugi sebanyak RM557 juta kepada syarikat milik kerajaan negeri Sabah Borneo Samudera.

Apa jenis pembelaan, apa yang mahu dilakukan oleh kerajaan negeri ini.

Apa lagi kesalahan yang dilakukan oleh Christian berlaku sebelum dia dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri atau berjawatan dalam kerajaan negeri.

Kurang itu sanggup kerajaan negeri menggunakan khazanah rakyat Sabah demi menyelamatkan seorang Wanita yang tidak pernah berjasa kepada negeri dan rakyat Sabah sebelum ini malah sebaliknya cuba menipu tanah rakyat dan tanah anak syarikat kerajaan negeri.

Apa sudah jadi dengan kerajaan negeri Sabah kalau benar ingin membela, itu diluar sana tu rakyat berbaris menanti pembelaan dari kerajaan negeri. Kenapa tidak dibela?

Diharap selepas ini pemimpin dan jentera Warisan bergegas untuk menyerang page Najib Razak. Jangan saja syok sendiri di grup WhatsApp dimana hanya kawan kawan anak isteri mereka yang membacanya. Kerja masuk angin keluar asap, syok sendiri.

Page Najib yang terdedah sepi dari komentar Warisan. He!


Saya syaki pengumuman Ketua Menteri Shafie Apdal semalam bahawa kerajaan PH Plus akan mengembalikan tanah kepada pekebun kecil adalah usaha untuk menyelesaikan atau membuang kes Timbalan Ketua Menteri Christina Liew diarah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi RM557 juta kepada syarikat milik kerajaan Sabah.

Secara terang, Shafie kata langkah ini adalah untuk menyelesaikan masalah kes-kes mahkamah.
“Towards this end, he said the state government will deal with the private firms involved in the land as well, adding he hoped to settle it soon and urged the firms not to drag the matter to court as it will delay the return of the land to the claimants.”
https://www.borneotoday.net/shafie-brings-12-year-land-tussle-to-an-end/

(Sebenarnya, mahkamah sudah putuskan bahawa tanah yang kononnya dipulangkan adalah milik pekebun kecil)

Jika langkah Ketua Menteri Sabah semalam untuk menyelesaikan kes mahkamah ini memberi hasil kepada kes Timbalan Ketua Menteri Christina Liew yang sudahpun kalah berkali-kali dan terbukti dalam mahkamah telah bersuhabat dengan staff dia untuk menipu pekebun-pekebun kecil dibuang maka ini merupakan satu salah guna kuasa kerana yang menerima manfaat paling besar ialah Christina Liew yang tidak perlu lagi membayar RM557 juta.

Jika ini berlaku, harap SPRM akan teruskan siasatan.

Sebab itu, wartawan dan ADUN Sabah perlu tanya Ketua Menteri Sabah soalan ini:

Dengan pemulangkan tanah oleh syarikat milik kerajaan Sabah kepada pekebun kecil yang diumumkan semalam, apa akan terjadi kepada kes Christina Liew? Adakah kerajaan Sabah akan batalkan saman Christina Liew?

Ini penjelasan saya tentang kes penipuan Timbalan Ketua Menteri:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.