Tiada PPBM Sabah Keluar Sertai UMNO

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar hari ini menafikan dakwaan mengenai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah daripada BERSATU akan kembali kepada UMNO.

Beliau berkata, khabar angin itu dicipta oleh mereka yang tidak suka dengan kehadiran BERSATU di Sabah dan berniat untuk melaga-lagakan parti gabungan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, semua Ahli Parlimen dan ADUN Sabah berdiri teguh dibawah kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah.”Objektif utama BERSATU di Sabah memastikan perjuangan rakyat dari segi pembangunan kemasyarakatan dan negeri dapat dirancakkan lagi dengan pelantikan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sabah, merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Khairul Firdaus berkata, pelantikan itu juga akan dapat memfokuskan kepemimpinan BERSATU Sabah dengan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan bagi pembangunan negeri ini.

Katanya, di bawah kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet dan kakitangan kerajaan menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan yang mendakwa lima ADUN Bersatu di Sabah kembali ke pangkuan UMNO. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.