Bersatu Bukan Lagi Kompenan PH

Saya Dr Radzi Jidin, Ketua Penerangan PPBM Malaysia merujuk dan menjelaskan perkara dibawah.

Merujuk kepada kenyataan media YB Senator Datuk Wira Haji Marzuki Yahya bertarikh 7 Mei 2020 dalam kenyataannya itu beliau mendakwa MPT Bersatu tidak pernah membuat keputusan untuk bersatu keluar dari Pakatan Harapan.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya pada 23 Februari 2020 Majlis Pimpinan Tertinggi MPT Bersatu telah membuat keputusan yang jelas untuk keluar dari Pakatan Harapan dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain dari luar PH.

Dalam erti kata lain bermula dari tarikh itu Bersatu bukan lagi sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan.

Menurut Dr Radzi lagi kedudukan Bersatu dalam Pakatan Harapan turut diketahui oleh Tun Mahathir sendiri.

Dr Radzi juga menjelaskan oleh kerana pada 24 Februari 2020 Tun M telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu maka jawatan itu dipangku oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.

Justeru beliau menjelaskan bahawa dakwaan yang mengatakan MPT Bersatu tidak pernah membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan ada adalah tidak benar sama sekali dan tidak disokong oleh fakta.


Ironinya kekalutan dalaman yang dialami oleh PPBM ini dilakukan oleh empunya diri. Jadi, siapa yang wajar dipertanggungjawabkan?


Untuk keterangan yang lebih lanjut klik link di bawah.

Kenyataan Media Dr Radzi PPBM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: