Dua Usul Daripada Warisan Ditolak. Usul Langkawi Diterima

Dua usul daripada Ahli Parlimen Warisan di tolak.

Memalukan walaupun keduanya veteran politik, seorang adalah peguam dan bekas Menteri undang-undang namun gagal mengemukakan usul yang memenuhi peraturan mesyuarat, memalukan orang Sabah.

Seorang lagi bekas Naib Presiden kepada parti yang paling tua di Malaysia.

Mereka ialah Ahli Parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong dan Ahli Parlimen Semporna, Shafie.

Batu Sapi mengemukakan resolusi bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai keyakinan majoriti dari Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri sekaligus mengemukakan resolusi bahawa Ahli Parlimen Langkawi Tun Mahathir mempunyai sokongan majoriti dari ahli parlimen. Usul ini ditolak mentah-mentah.

Begitu dengan usul daripada Ahli Parlimen Semporna. Akibat usul dan resolusi yang tiada dalam perlembagaan atau tidak pernah dibuat oleh mana-mana Ahli Parlimen iaitu mengemukakan usul undi majoriti terhadap individu yang tidak ada jawatan Menteri untuk dipersoalkan. Hahaha!

Yang diterima adalah salah satu usul daripada Ahli Parlimen Langkawi Tun Mahathir iaitu akan dibincangkan di mesyuarat Dewan pada 18hb Mei 2020.

Usul itu ialah resolusi membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.

Yang admin tulis semalam bahawa usul daripada Tun Mahathir ditolak adalah berkenaan usul pertama. Admin beranggapan dua usul Tun M itu saling berkaitan dan bertentangan dengan perlembagaan 43.

Apa pun ceritanya kita tunggu 18 hari bulan ini. Pasti meriah, pecah panggung. Silap hari bulan tidak akan berlaku undi majoriti atau PH tidak mendapat kemenangan. Paling tidak kita akan melihat Parlimen dibubarkan nah pada waktu itu mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP akan berkubur terutamanya di luar bandar. Warisan sudah tentulah akan berdepan dengan tiga penjuru musuh PPBM, UMNO dan Parti parti tempatan Sabah.

Elok juga usul undi majoriti diterima oleh Speaker agar keputusannya kelak akan menaikkan lagi nama Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia.

Yang kita nampak dan melucukan ialah pemimpi Warisan semacam orang yang dirasuk hantu ketakutan. Sampai dua Ahli Parlimen daripada mereka sanggup mengemukakan usul undi majoriti walaupun akhirnya ditolak tanpa sarat. Memalukan. Hehehe!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.