Armada Sabah Tidak Sokong Pendirian Armada Pusat Sokong PH

KENYATAAN MEDIA
ARMADA BERSATU NEGERI SABAH

6 Mei 2020

ARMADA SABAH TIDAK SOKONG PENDIRIAN ARMADA PUSAT KEMBALI KERJASAMA DENGAN PH

KOTA KINABALU: Armada Bersatu Negeri Sabah tidak menyokong pendirian rasmi Armada Pusat yang memutuskan untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Encik Isquzawan Israq Datuk Seri Arsit berkata, Armada Sabah menolak sekeras-kerasnya pendirian sayap pusat itu kerana ramai Ketua Armada Bahagian tidak diberitahu mengenai hasrat Armada Pusat menentukan pendiriannya mengenai isu yg amat penting ini.

“Pendirian Armada Sabah ialah tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Armada Pusat kerana ianya bukan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco Armada Pusat.

“Sebaliknya mesyuarat khas yang dinyatakan dalam kenyataan media Armada Bersatu Malaysia itu sebenarnya merupakan
Mesyuarat Penyelarasan Agihan Bantuan Armada Bersempena Ramadhan 2020 dan Perjumpaan Bersama Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Armada Bersatu Malaysia yang menyatakan pendirian sayap itu menolak UMNO dan kembali kepada PH.

Kenyataan itu berkata, Ahli mesyuarat ARMADA Malaysia penetapkan pendirian bahawa;

i. Menyokong penuh pendirian Pengerusi BERSATU .YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

ii. Mengembalikan mandat rakyat sebagaimana yang telah diberi pada Pilihanraya Ke-14 yang lepas dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Katanya, pendirian ini adalah berdasarkan undian yang dibuat semasa perjumpaan dan dipersetujui oleh lebih 2/3 ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali tanpa ada yang menolak.

Isquzawan berkata, Armada Sabah menyokong penuh kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri (PM) Malaysia.

“Pendirian Armada Sabah adalah jelas bahawa kita tetap bersama Presiden parti dan dengan perkembangan politik semasa kita tidak akan bermusuh dengan mana-mana parti yang menyokong PN”, katanya.

Isquzawan tidak menghadiri Mesyuarat penyelarasan agihan bantuan Ramadhan itu yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19.

#ArmadaSabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.