Kenapa PH dan Warisan Marah Bila MPP Dipecat?

Pandai cakap saja MP Pakatan Harapan dan Warisan ni. Dua komponen ini marah terhadap kerajaan Perikatan Nasional atau Persekutuan setelah memberhentikan majlis perwakilan penduduk MPP di kawasan mereka.

Ini kerana kononnya memandangkan Malaysia hari ini berhadapan dengan fenomena covid 19  justeru tindakan memberhentikan MPP adalah tindakan yang tidak wajar.

Apa lagi kononnya MPP berkenaan telah dikenali oleh masyarakat setempat dan itu memudahkan mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Penyataan tidak berpuashati itu diwakili Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk Cheras Segambut seputih Setiawangsa Wangsa maju Batu Kepong Bukit Bintang dan Labuan yang mahu hidup Parti Warisan.

Pandailah mereka cakap. Habis itu, mereka sudah lupa apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Parti Warisan ke atas ketua ketua kampung yang cemerlang semasa era kerajaan BN.  Ketua ketua kampung itu telah dipecat dan diganti dengan jentera Warisan  walaupun pada hakikatnya tidak berkelayakan baik dari konteks martabat diri mahupun dari segi akademik dan sedikit dari segi kewangan.

Ada setengah kes Warisan/PH melantik ketua kampung di kalangan penagih dadah, penipu pencuri semasa berada di luar daerah. Boleh bayangkan apa berlaku hari ini pada kampung atau daerah mereka. Pelbagai jenis penyakit sosial, ini sudah pasti.

Nasib baiklah  negeri pandai menutup kes-kes jenayah yang berlaku dari tersebar dengan tidak melaporkannya kepada media Perdana atau wartawan dilarang melaporkan kejadian tersebut. Supaya orang akan beranggapan wah hebatnya kerajaan ni, sejak menjadi kerajaan tidak ada lagi kejadian jenayah. Poorah!

Sebab itulah kalau ada yang masih ingat. Sejak awal kerajaan Warisan memerintah negeri Sabah terlalu banyak insiden menyedihkan yang berlaku bermula dari kebakaran di Kampung-kampung, penculikan, pembunuhan dan sudah tentu pengedaran dan penagihan syabu. Ini semua gara-gara kerajaan Warisan atau PH yang tidak mempertimbangkan kelayakan seseorang sebelum dilantik. Bila ini berlaku maka orang-orang yang rosak otaknya tidak lagi merasa segan dan takut. Mereka beranggapan orang yang memerhatikan mereka tidak berkemampuan untuk mengheret mereka ke muka pengadilan atau paling tidak takut pada mereka.

Begitu juga di peringkat daerah dan DUN yang tidak ada kelayakan pun diberikan pangkat dan kedudukan. Bila ini berlaku maka sudah tentulah segala dasar yang dirancang di peringkat negeri tidak akan dapat direalisasikan dengan baik dan berkesan di peringkat akar umbi.

Inilah susahnya Pakatan Harapan atau Warisan. Mudah lupa diri, bila satu satu itu mengena batang hidung mereka pandai pula marah, tidak berpuas hati, pergilah.

Sedikit saranan yang membina dan bertentangan bahawa kalau Warisan atau PH masih ada nafsu untuk menang di beberapa kerusi selepas itu berpolitik atas tiket pembangkang di PRU yang akan datang. Nah sebaiknya berkira kiralah untuk memecat beberapa ketua ketua kampung dan pegawai pegawai tolol di peringkat daerah malah negeri.

Manjadda wajada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.