Rakyat Sabah Kecewa Mask dan Sanitizer Habis Stok Angkara Negeri

Ini rakyat menimbulkan persoalan ni. Kata rakyat yang menyebabkan bekalan mask dan sanitizer habis di pasaran ialah kerana keperluan ini telah diborong oleh pentadbiran Parti Warisan atau kerajaan negeri. Lepas itu pandai pula pilih kasih didalam mengagihkannya, hanya penyokong Warisan yang mendapat bahagian mereka sedangkan pengundi atas pagar hanya mampu berputih mata.

Nah pada laskar Warisan kamu jawab jangan terus melenting. Atau boleh jak kamu melenting tapi pastikan pula telinga kamu tu tebal dan ingat negeri ini bukannya milik kamu atau parti Warisan.

Kamu baca elok-elok kenyataan dari isteri salah seorang kakitangan kerajaan negeri. Berkotak-kotak dia ambil mask dan berpuluh botol sanitizer di pejabat kerajaan negeri. Itu pun kira kurang sebab bodyguard yang disuruh ambil. Agaknya kalau kakitangan kerajaan negeri atau suaminya yang mengambil sendiri mungkin dalam bonet kereta tidak muat. Punyalah tamak.

Sedangkan masyarakat diluar sana yang takutkan ancaman Covid 19 semakin takut dan buntu kerana sukar mendapatkan mask dan sanitizer.

Kalau iya pun untuk mengambil hati pengundi di kawasan yang diwakili oleh parti Warisan tapi fikirkan juga nasib rakyat di luar sana. Itu pun kalau benar untuk penyokong Warisan yang ada di kampung kampung.

Sentiasa kamu beringat hakikatnya Warisan kalah di pilihanraya yang lepas, nasib baiklah ada di YB BN yang sanggup bersekongkol untuk membentuk kerajaan negeri. So itu bererti Warisan sedang mengurus masyarakat Sabah yang menolak parti Warisan.

Tapi bila sudah menjadi kerajaan lain pula jadinya. Benda sekecil-kecil mask dan sanitizer pun di balun. Apa lagi agaknya perkara yang melibatkan kepentingan yang lebih bernilai. Projek, bantuan kewangan, urusan tanah seperti contoh.

Tapi tidak apa, admin dikhabarkan dalam tempoh yang terdekat ini kerajaan persekutuan akan menyalurkan mask percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Nah kalau ini pun dikebas oleh orang-orang tamak yang bernaung dalam pentadbiran kerajaan negeri. Nah semoga mereka dihinakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.