Lokman Adam Dipecat Daripada Menjadi Ahli UMNO

Lokman Adam yang lantang mengkritik polisi Presiden UMNO, Zahid Hamidi berhubung usaha menyelamatkan parti itu dari tenggelam akhirnya mendapat jawapannya atau mendapat hukuman, dipecat daripada parti UMNO.

Pertama-tama yang menyebarkan berita pemecatan Lokman Adam ialah Jamal Yunus melalui live Facebooknya bahawa dia mendapat khabar yang Lokman Adam telah dipecat dari UMNO oleh AMT atau Presiden UMNO semasa mesyuarat MT yang berlangsung pagi tadi.

Berita itu disahkan sendiri oleh Lokman Adam melalui perkongsiannya keatas video Jamal Yunus berkenaan.

Moralnya kalau Lokman Adam yang bolehlah kita katakan sebagai individu yang aktif memperjuangkan UMNO selepas kalah pada pilihanraya yang lepas. Pun boleh dipertanggungjawab kan iaitu dipecat kerana mengkritik hasrat atau kerja Presiden UMNO apa lagi setakat ahli biasa yang tidak pun menyumbang kepada kebangkitan UMNO. Seperti mana laskar syok sendiri dan kumpulan ahli UMNO yang suka mengada-ngada. Suka menegakkan benang yang basah wahal mereka sendiri tidak tahu apa yang perlu diperjuangkan sebagai UMNO yang berada dalam posisi pembangkang.

So pada ahli UMNO yang lantang mengkritik Zahid Hamidi kerana ura ura akan bekerjasama dengan PPBM dan PAS. Diharap kamu juga mengambil tanggungjawab dengan memecat diri sendiri. Ada berani?

Kalau tidak berani selepas ini serahkan nasib UMNO kepada Presiden UMNO jangan kuat berlagak macam orang yang diperlukan sangat. Walhal pada hakikatnya ada tidak ada sama saja.

Oh ya dalam rakaman itu Jamal Yunus juga mengucapkan tahniah kepada pihak-pihak yang mengesyorkan agar Lokman Adam dipecat kerana dengan demikian BN telah menjadi kerajaan. 😂


SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA TELAH DIPECAT DARIPADA MENJADI AHLI UMNO MELALUI PROSES MENGUNDI ANGKAT TANGAN YANG TIDAK SEPATUTNYA MENGAMBIL KIRA UNDIAN PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG BUKAN MT. SAYA REDHO DENGAN TINDAKAN ZAHID INI, NAMUN SAYA TETAP SETIA KEPADA UMNO. SAYA AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN SAYA MENENTANG PAKATAN HARAPAN DAN TALIBARUT MUSUH DIDALAM UMNO MELALUI SEBUAH NGO LASKAR SIBER MALAYSIA. IN SYA ALLAH, BILA DATO’ SRI NAJIB KEMBALI MENJADI PRESIDEN UMNO, SAYA AKAN MEMOHON SEMULA MENJADI AHLI UMNO. APA YANG PENTING, RANCANGAN ZAHID UNTUK MEMAKSA 3.7 JUTA AHLI UMNO UNTUK MENGANGKAT MAHATHIR MENJADI PENGERUSI PAKATAN NASIONAL TELAH GAGAL.

DATO’ LOKMAN ADAM

Komentar ditutup.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: