Pemecatan Lokman Adalah Amaran Kepada Najib

Persoalan yang menjadi tanda tanya, kenapa
Lokman Adam sibuk mempertikaikan kepimpinan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, jawapannya adalah kerana dia mahu Najib Razak balik menyandang jawatan Presiden UMNO.

Hal ini bukan lagi rahsia. Kita boleh perhatikan dimana setiap kali Lokman Adam menyerang Zahid Hamidi secara terbuka maka serangannya itu akan disokong oleh segelintir ahli UMNO yang  pro Najib Razak.

Maka berlakulah perdebatan di antara dua kumpulan besar, ahli UMNO pro Zahid Hamidi melawan ahli UMNO Pro Najib Razak.

Tetapi kalau mengikut penyokong ahli UMNO secara umumnya dan segelintir ahli pro Zahid, mereka berpendapat Lokman Adam dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk mengerjakan UMNO sama ada dengan menyokong Najib atau menghalang UMNO daripada proses mengukuhkan parti.

Sedangkan kalau menurut ahli UMNO pro Zahid pula Lokman dipasang oleh Najib Razak yang terpalit dengan dakwaan rasuah di mahkamah untuk menggugat kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dengan harapan pada tempoh tertentu jawatan Presiden UMNO akan dipulangkan balik kepada Najib.

Lokman Adam sebelum menyertai UMNO dia adalah orang kepercayaan Anwar Ibrahim.

Lokman Adam pernah menjadi penyokong tegar PKR hingga pada satu peristiwa dicatatkan dia pernah memijak gambar atau logo UMNO dikhalayak ramai.

Lokman dan ahli UMNO yang lain terutamanya penyokong Najib Razak wajar beringat. Tindakan Zahid memecat Lokman Adam daripada ahli UMNO di mesyuarat MT semalam adalah merupakan amaran kepada semua pihak termasuklah Najib Razak supaya akur kepada sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi dimasa masa yang akan datang.

Jangan engkar dan macam-macam sebab kalau tidak kamu akan menerima nasib yang sama dipecat daripada UMNO.

Kill two birds with one stone.