Lelaki Menyerang Menteri Belia di Johor Adalah Penyokong UMNO

Nah sudah ditemui dan dikenalpasti seorang dari pengikut kumpulan yang menyerang Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Ternyata dia adalah pengikut atau salah seorang laskar UMNO.

Pendedahan itu dibuat oleh individu yang dikenali sebagai Ulya Hussamudin yang juga seorang ahli PPBM, dia menulis.

Ooooo. Remember the goons who attcked Syed Saddiq last night?

Up Found his Facebook. Guess what… UMNO. Ermmm.

Lelaki yang terbabit bernama Haijan dia adalah penyokong tegar UMNO. Ini berdasarkan entri yang terdapat di akaun Facebooknya.

Jelas dia adalah laskar UMNO yang totok. Betul tidak?

Sebelum ini telah berlaku provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak diundang di program tertutup jamuan makan malam Armadah di Savannah resort Ulu Tiram Johor.

Dalam majlis itu lebih kurang 100 hingga 200 orang yang tiada kaitan dengan majlis datang mengganggu Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq serta dua orang Exco dan seorang Adun.

Akibat terkepung selama dua jam Menteri Belia berkenaan terpaksa meloloskan diri melalui pintu belakang atau jalan tikus dengan melompat melepasi pagar.

So apa cerita Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tampak seperti seorang agamawan. Bagaimana dengan cabaran sebelum ini yang akan menyaman Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq kerana kononnya telah memfitnah UMNO dengan mendakwa individu terbabit adalah penyokong UMNO sedangkan bukan.

Untuk makluman Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Laskar UMNO kalau bercakap ikut sedap mulut mereka jak macam longkang pecah. Jadi takkanlah perbuatan berteriak di khalayak ramai atau mencetuskan huru-hara di majlis orang tidak mampu atau tidak sanggup mereka lakukan. Logiklah bro!