Lokman Poyo Pertikai Keputusan Mahkamah Berhubung SRC dan Najib

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Adam mempersoalkan proses kes kehakiman berhubung SRC International Sdn bhd yang beliau anggap sebagai mencurigakan apabila tiga saksi penting tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

Salah seorang dari tiga saksi yang dia maksudkan ialah Jho Low. Individu yang sedang dicari oleh kerajaan Malaysia kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan dana rakyat melalui 1mdb.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Ghazali telah mengarahkan Najib agar membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudnya kes Prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan yang membabitkan wang sebanyak RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Mengikut Mohd Nazlan, Najib memainkan peranan utama dalam pinjaman SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada tahun 2011.

Kemudiannya Najib memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari tempat duduk saksi yang mana beliau tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan. Sewajarnya pun Najib membuat pilihan itu sebab kalau tidak bagaimana dia mempertahankan dirinya sedangkan dia adalah individu tertuduh dan terlibat secara langsung. Bukan seperti kes Anwar sebelum ini di mana Anwar berdiri sebagai saksi kepada Saiful maka wajarlah Anwar membuat pilihan kedua berdiri di luar kandang saksi, biar peguamnya yang membuat kenyataan atau menjawab soalan pendakwa.

Mohd Nazlan juga mendapati bekas perdana menteri itu telah menggunakan dana sebanyak RM42 juta daripada SRC untuk kepentingan peribadi.

Kenyataan Lokman Adam itu adalah kenyataan yang paling poyo. Rasionalnya sejak dari dulu lagi kalau ingin menyelamatkan Najib maka pihak Najib atau UMNO yang sepatutnya bersusah-payah mencari Jho Low.

Walaupun saranan itu sudah lama disuarakan oleh Khairy Jamaluddin agar Jho Low dikambing hitamkan demi menjaga reputasi Najib dan UMNO menjelangnya pilihan raya ke 14.

Maksudnya biarlah Jho Low seorang yang bertanggungjawab atas penyelewengan yang berlaku dalam 1mdb.

Tapi sayang tidak ada pihak pada masa itu yang berani mengheret Jho Low untuk diadili sekaligus dikambing hitamkan.

Isunya kenapa tidak ada pihak yang berani sedangkan semasa itu UMNO yang memerintah Malaysia dan Perdana Menterinya ialah Najib?

Jadi, kenyataan pembangkang hari ini yang mendesak agar kononnya Jho Low ditangkap adalah retorik semata-mata. Sedangkan apa yang dikehendaki adalah sebaliknya, sebolehnya Jho Low dilenyapkan dari muka bumi kerana tanpa Jho Low sebagai saksi maka ruang untuk peguam Najib bersilat menepis tuduhan pihak pendakwa senantiasa terbuka. Tapi kalau sebaliknya waktu itu Najib berstatus harga mati.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: