Laporan Polis Puad Zakarshi Mengesahkan Kenyataan Amhari Bukan Hearsay

UMNO Batu Pahat, Puad Zakarshi telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi bekas pegawai khas Najib Razak.

Amhari adalah antara saksi utama dalam perbicaraan berhubung penyelewengan dana rakyat melalui 1MDB dan Najib di Mahkamah Tinggi.

Tujuan laporan polis dibuat adalah agar SPRM membuka siasatan terhadap Amhari kerana menurut UMNO Batu Pahat, Amhari telah membuat pengakuan semasa dalam prosiding bahawa terdapat wang sebanyak 3.7 juta dalam akaun peribadinya di bank BSI Switzerland.

Dan kesalahan itu tertakluk dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Tujuan ke-dua laporan polis dibuat kerana Amhari semasa dalam perbicaraan itu juga telah mengaku menerima gaji bulanan sebanyak RM25,000 daripada syarikat swasta ORBS Solution sedangkan beliau pada masa itu seorang penjawat awam yang sepatutnya tidak berlaku.

Jadi apa yang kita boleh simpulkan dari tindakan melulu UMNO Batu Pahat ini.

Untuk makluman sebelum ini bekas Menteri Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah pernah cuba mengambil balik wang yang di maksudkan oleh Amhari Efendi tapi Perdana Menteri ketika itu Najib Razak menghalangnya.

Isunya kenapa pentadbiran UMNO pada masa itu tidak membuat laporan polis terhadap Najib Razak yang telah menghalang bekas menteri kewangan kedua Husni Hanadzlah membawa balik wang rakyat?

Sebenarnya kan laporan polis Puad Zarkashi ini secara tidak langsung telah membuktikan yang kenyataan atau pengakuan Amhari dalam prosiding 1MDB ini adalah benar dan bukannya hearsay sepertimana dakwaan peguam Shafee Abdullah bahwa kenyataan dalam bentuk hearsay tidak boleh diguna pakai dalam penghukuman.

Checkmate sendiri!

Malah andai SPRM membuat siasatan kerana laporan polis ini maka sekali lagi Najib Razak akan terlibat dalam siasatan kerana kenyataan atau pengakuan Amhari itu menyangkut kuasa Najib pada masa itu dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh peguam Najib, Shafee Abdullah yang menjadi justifikasi hakim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s