Kenapa Adun Labuk PBS Menyertai Warisan?

Hari ini politik Sabah dikejutkan lagi dengan berita kemasukan Yb daripada PBS ke Parti Warisan Sabah. Menariknya YB ini juga telah membawa beberapa pemimpin PBS dan UMNO.

Ialah ahli jawatankuasa (AJK) Wanita PBS Labuk, Fency Mirsoh; AJK Pemuda PBS Labuk, Sunny Silva Raja; bekas penolong pegawai daerah Beluran, Jamai Sikansa; AJK UMNO Beluran, Abdul Rahim Diar dan ahli UMNO Beluran, Andaraman Kahar.

Admin rasa yang menyebabkan ADUN Labuk daripada Parti Bersatu Sabah(PBS), Abdul Rahman Kongkwang meninggalkan PBS dan menyertai Warisan bukan sebab PBS itu sendiri.

Tapi faktor UMNO selaku sekutu PBS di Dun Labuk, dilihat tidak lagi berkemampuan mempertahankan kedudukan Abdul Rahman Kongkwang selaku Yb di PRU yang akan datang.

Pada PRK Sandakan baru baru ini Abdul Rahman telah dilantik sebagai penggerak kempen calon PBS. So dari situ dia nampak apa yang berlaku dan sejauh mana penerimaan masyarakat Sandakan terhadap UMNO yang menjadi rakan sekutu calon PBS di PRK berkenaan.

Pokoknya masa depan UMNO di Sabah tidak lagi selamat. UMNO akan menjadi pembangkang untuk tempoh yang lama seperti PKR hanya selepas 20 tahun barulah perjuangan mereka diterima oleh rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s