Kerjasama UMNO PAS Ibarat Opera Cina – Prof Agus

Mari kita angkat catatan politik Professor Agus Yusoff berhubung kerjasama UMNO dan PAS.

Menurut beliau kerjasama UMNO-PAS itu tidak ubah seperti kita menonton Opera Cina. Kenapa Opera Cina sebab watak dan sandiwara dalam opera ini adalah dongeng.

Dari FB wall Prof Agus Yusoff

KERJASAMA UMNO-PAS SEPERTI OPERA CINA

1. Semalam semasa berucap di Kerdau, Temerloh, TGHH menyatakan PAS dan Umno akan bergabung menjelang PRU-15. Katanya, usaha itu boleh berjaya kerana PAS dan Umno sudah bersih selepas beberapa individu bermasalah meninggalkan kedua-dua parti berkenaan.

2. Kata TGHH lagi, perpecahan serius dalam kalangan masyarakat Melayu terjadi kerana ada individu yang ekstrem dalam PAS dan Umno. Antara individu yang beliau namakan ialah DSAI yang dibawa menyertai Umno oleh Dr Mahathir.

3. Saya setuju PAS-Umno hendak bergabung, tetapi bilakah tarikhnya yang tepat? Tanpa tarikhnya yang tepat, saya menilai kerjasama PAS-Umno sekarang seperti opera Cina. Kenapa saya kata Opera Cina? Ini kerana secara faktanya, PAS tidak pernah setia dengan rakan. Saya yakin menjelang penamaan calon PRU-15 semasa pembahagian kerusi nanti, Umno akan menjadi mangsa terbaharu.

4. Gabungan PAS-Umno sudah boleh dibuat kerana PAS-Umno sudah bersih dari individu bermasalah. Bila bersihnya? Realitinya, ramai yang sedang didakwa sekarang masih dalam Umno. Manakala orang PAS yang profesional dan tidak taksub pula, sudah ramai yang meninggalkan PAS. Yang masih bersama dengan Pas ialah ‘walaun’ dan ‘waluntit’, yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi bila memberi komen dan meraikan perbezaan pendapat, tidak menunjukkan akhlak Islam.

5. Perpecahan dalam masyarakat Melayu kerana ada individu ekstrem dalam Umno dan PAS dan hendak dipersalahkan pada DSAI. Bila pula DSAI ekstrem? Yang ekstrem pada saya ialah yang menuduh orang yang tidak sehaluan sebagai kafir dan pelbagai gelaran seumpamanya.

6. Begitulah jadinya apabila kita menggunakan Islam untuk mempolitikkan Islam. Selagi PAS-Umno mempolitikkan Islam, maka selagi itulah saya menilai kerjasama PAS-Umno ini sama seperti menonton Opera Cina.

Selamat berbuka.

– Mohammad Agus Yusoff


Selain polemik yang dicetuskan oleh Professor Agus di atas. Suka admin mengangkat hakikat yang telah terjadi pada dua parti ini.

Dakwaan UMNO parti yang kafir dan PAS parti yang tidak Islamik adalah tuduhan yang sudah tua dan telah menjadi doktrin dalam politik PAS dan UMNO.

UMNO dan PAS pernah cuba bekerjasama tapi terbengkalai di tengah jalan. Bermaksud kerjasama UMNO PAS ini bukannya perkara baru tapi cerita lama yang telah pun terbukti gagal.

Ya boleh saja pelbagai eksperimen yang telah digunakan untuk merasionalkan kerjasama UMNO PAS pada masa itu. Ini termasuklah penggunaan sejarah Islam sebagai alat untuk menarik kepercayaan rakyat tapi ternyata masih gagal.

Terlalu banyak kenyataan atau dakwaan jelek yang telah dilemparkan oleh PAS terhadap UMNO, begitu juga sebaliknya. Natijahnya PAS mendapat sokongan jitu dari masyarakat tertentu. Ironinya kejahilan UMNO adalah titik tolak kepada keutuhan PAS.

Kerana beberapa peristiwa lampau yang dialami oleh PAS menyebabkan hari ini ramai veteran PAS yang tidak yakin pada kerjasama ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s