Pemimpin UMNO Amal Sindrom Penafian – Bersatu Sabah

Kenyataan Akhbar:

YB. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
Ketua Pimpinan BERSATU Sabah

28 Julai 2019.

PEMIMPIN UMNO AMAL SINDROM PENAFIAN – YB DSP Hajiji.

KOTA KINABALU: UMNO di Sabah mengamalkan sindrom penafian (denial syndrome) berhubung ahlinya yang telah meninggalkan parti itu dan menyertai parti lain terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah.

Ketua Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, wujud sindrom penafian dikalangan pemimpin UMNO mengenai jumlah sebenar keahlian parti itu di Sabah.

Beliau berkata, kerana sindrom penafian itu maka pemimpin UMNO terutama dari Pusat seperti tidak berpijak di bumi nyata dan tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di peringkat bawah.

Katanya, mereka begitu yakin, masih ramai ahlinya di Sabah yang setia bersama UMNO dan seakan-akan tidak berlaku gelombang penghijrahan beramai-ramai bekas ahlinya ke BERSATU Sabah.

“Mereka (pemimpin UMNO) sepatutnya tidak terus amal sindrom penafian, sebaliknya membuat pemeriksaan dan pemutihan yang menyeluruh dan membersihkan nama-nama bekas ahli parti itu.

“Ini kerana ramai ahli UMNO sebenarnya telah meninggalkan parti itu dan menyertai BERSATU Sabah, tetapi nama mereka masih kekal sebagai ahli UMNO.

“Sebenarnya tidak ramai ahli UMNO Sabah yang tinggal selepas gelombang penghijrahan ke BERSATU Sabah.

*”Bukti yang nyata ialah ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, UMNO Sabah yang mendakwa mempunyai seramai 9000 ahli dan pengundi di kawasan itu, yang akan mengundi calon Parti Bersatu Sabah (PBS), ternyata ini tidak berlaku kerana ahli-ahli UMNO tersebut telah meninggalkan UMNO dan menyertai BERSATU dan Warisan”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.*

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Dato Sri Ismail Sabri Yakob bahawa UMNO Sabah masih kuat dan ramai bekas ahli parti itu berhasrat kembali.

Katanya, UMNO bukan “hotel” yang membenarkan seseorang mendaftar masuk dan keluar sesuka hati dan mengakui ada menerima panggilan telefon daripada belas ahli yang meninggalkan UMNO untuk menyertai parti-parti lain dan kini ingin kembali.

Beliau berkata, bekas pemimpin UMNO yang ingin kembali ke parti itu jangan berharap dapat kembali memegang jawatan lama, dan tidak akan diberi layanan istimewa.

Hajiji yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU berkata, UMNO di Sabah sebenarnya semakin lemah dan kurang mendapat sokongan, kerana ramai ahli-ahlinya telah berhijrah ke BERSATU.

Katanya, sebenarnya rakyat dan juga ahli-ahli UMNO tidak lagi percaya dengan kepimpinan UMNO sedia ada, kerana mereka kini tahu dan sedar bahawa pemimpin parti itu banyak melakukan kesilapan seperti penyalahgunaan kuasa dan korap.

“Saya beranggapan bahawa ramai ahli UMNO di Sabah yang tinggal, hanya atas kertas saja, dan mereka sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan hanya menunggu masa untuk meninggalkan parti itu”, tegasnya.

Hajiji berkata, walaupun BERSATU baru empat bulan bertapak di negeri ini, keyakinan rakyat Sabah terhadap perjuangan parti itu semakin hari semakin bertambah.

“Buktinya BERSATU Sabah sekarang ini menerima sekurang-kurangnya dua hingga tiga ribu pemohonan untuk menjadi ahli BERSATU setiap hari di seluruh Sabah.

“Ini menunjukkan BERSATU Sabah bertambah kuat setiap hari dan majoriti yang memohon menyertai BERSATU adalah dari bekas-bekas ahli UMNO, selain golongan profesional”, katanya.

Hajiji berkata, tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali soal ramai bekas ahli UMNO yang kini bersama BERSATU Sabah akan kembali ke parti itu.

Katanya, kecuali beberapa orang sahaja yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan dalam BERSATU Sabah.

“Bagi BERSATU Sabah, mereka yang “U-Turn” dan mahu kembali ke UMNO adalah pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan jawatan, sebaliknya bukan perjuangan.

“Justeru, UMNO perlu berhati-hati dan berjaga-jaga untuk menerima semula pemimpin demikian, kerana ia hanya akan merosakkan lagi UMNO”, katanya.

-End.


Untuk makluman pada PRK Sandakan yang berlangsung baru baru ini ada dua PDM yang terkenal sebagai kubo UMNO di Sandakan.

Setiap kali pilihan raya PDM ini tidak pernah menghampakan UMNO ia itulah PDM SIM SIM dan Pulau Berhala.

Pada PRK Sandakan itu juga Najib Razak aka Bossku turut berkempen secara terbuka dan gambar serta video yang dilawati oleh Najib telah diviralkan. Digambarkan kehadiran Bossku telah berjaya memukau pengundi bumiputera dan sudah tentu mereka akan mengundi calon PBS selaku rakan BN pada PRK itu.

Tapi apa, ternyata dua PDM itu berjaya ditawan oleh calon DAP hasil kempen kompenan PH Sabah pada masa itu.

Rentetan kekalahan besar calon PBS pada PRK ini, PBS mulai menjauhkan diri daripada UMNO dan ternyata sedikit demi sedikit sinar PBS mulai menyerlah.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s