Junz Wong Fokus Pada Kerja Jangan Salah Orang!

Sampai bilalah kerajaan Warisan atau Menteri pertanian industri makanan Sabah Junz Wong itu menyalahkan kerja kerajaan terdahulu. Mengikut ekoran laporan audit tahun 2018, menunjukkan Kementeriannya berada di bawah garisan yang paling bawah iaitu hanya mendapat penerapan 44.51% berbanding dua tiga tahun sebelum ini iaitu era kerajaan negeri yang ditadbir oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Oleh kerana itu dia tampil menyalahkan pentadbiran kerajaan terdahulu, bikin ketawa.

Hakikatnya berdasarkan laporan audit 2018 sebanyak 13 daripada 29 kementerian jabatan di negeri Sabah telah mencapai tahap pengurusan cemerlang kecuali Kementerian yang diketuai oleh Junz Wong. Alahai? Ini nak menutup kelemahan lah ni.

Oleh itu Ketua Audit Negara mencadangkan agar budaya kerja berasaskan amalan terbaik perlu diwujudkan atau dikekalkan bagi mengekalkan kecemerlangan pengurusan kewangan Sabah.

Selain itu Ketua Audit Negara juga mencadangkan supaya pusingan atau penggiliran tugas setiap lima tahun dilaksanakan dalam kalangan pegawai yang diberi tanggungjawab kewangan khususnya dalam pengurusan terimaan, perolehan serta perbelanjaan bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai melakukan penyelewengan yang serius. Hal ini yang perlu diutamakan oleh kerajaan Warisan, rakyat sedang memerhati adakah cadangan ini akan dipatuhi oleh kerajaan negeri atau terus mempertahankan kroni-kroni yang sedia ada.

Untuk makluman, berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara, pada tahun 2015 didapati pengurusan ekonomi Sabah cukup mengkagumkan, cemerlang di mana 35 Kementerian, jabatan dan agensi yang diaudit 25 daripadanya mendapat keputusan yang cemerlang.

Begitu juga pada tahun 2016 di mana 31 agensi yang diaudit sebanyak 22 daripada-nya mendapat penarafan 5 bintang.

Maksudnya ekonomi dan pentadbiran Sabah pada tahun sekitar di 2015 16 dan 17 sebenarnya mendapat penyerapan lima bintang dan ini merupakan cabaran kepada kerajaan yang ada pada hari ini, adakah mereka mampu mengekalkan bintang itu atau bintang akan berkurangan, hambar rakyat tidak merasa perubahan yang mereka inginkan.

Pada Junz Wong berhentilah menyalahkan orang lain, tumpukan pada kerja anda sediakan program pembangunan yang menyebabkan Kementerian anda mendapat penarafan 5 bintang ini adalah masa kamu bukan masa kerajaan terdahulu.

Jangan hanya sibuk meneruskan perindustrian yang sedia ada tapi cipta ruang dan peluang itu kepada rakyat Sabah. Cari rakyat yang bermula dari kosong jadikan mereka seseorang bukan hanya meneruskan atau lebih kepada kerja seorang penyelia ladang yang tidak proaktif, hanya mengawal dan menyelia hasil tuaian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s