Rahman Jangan Emosi Memang Ahli UMNO Menyertai Bersatu

Dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Abdul Rahman Dahlan kononnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan taktik yang tidak jujur bagi mendapatkan ahli adalah dakwaan yang kurang cerdik dari seorang pemimpin yang pernah memegang portfolio Menteri dan orang yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO Sabah.

Kononnya fail berkaitan pentadbiran lama Bahagian UMNO tidak diserahkan kepada pentadbiran baharu dan ahli UMNO yang ada telah diserapkan menjadi ahli PPBM (Bersatu) tanpa kononnya mendapat persetujuan dari empunya diri hingga ada yang marah.

Jangan hanya melihat isu ini dari konteks UMNO dan dirinya sebagai pemangku Ketua Bahagian UMNO Tuaran. Tapi lihatlah dengan mata hati, adakah ahli UMNO terbabit masih setia pada parti UMNO semata-mata atau pada pemimpin.

Dimana, kemana pun bekas pemimpin UMNO itu pergi, rakyat atau ahli UMNO akan mengikut jejaknya.

Bekas Ketua Bahagian UMNO Tuaran, Datuk Hajiji menang di PRU14 yang lepas walaupun berhadapan dengan tsunami PH. Berbeza dengan Rahman Dahlan yang juga bertanding atas tiket UMNO/BN bagi Parlimen Sepanggar tapi kalah teruk kepada calon Warisan, orang luar dari Semporna.

Rahman Dahlan adalah pemimpin UMNO Sabah yang bertanggungjawab menyarankan pada UMNO pusat agar Shafie Apdal dipecat daripada UMNO tanpa sebab yang munasabah. Itu yang admin katakan diawal entri ini, bahwa dia adalah orang Sabah yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO.

So dari sudut mana langkah menyerapkan ahli UMNO menjadi ahli Parti Bersatu adalah perbuatan yang tidak jujur?

Jadi move forward saja lah Rahman Dahlan, kerana dakwaan remeh seperti itu sikit pun tidak membantu UMNO.

Dakwaan kedua Rahman Dahlan kononnya pemimpin BN yang menyertai Parti Bersatu adalah untuk kepentingan diri mereka. Ini juga adalah dakwaan yang remeh tidak berasas malah lebih kepada emosi orang yang kalah.

Kalau benar untuk kepentingan diri mereka, jadi kenapa di awal krisis penubuhan kerajaan negeri Sabah, mantan Yb Yb BN berkenaan tidak menerima tawaran agen parti Warisan agar turut sama membentuk kerajaan negeri. Sebaliknya hanya selepas kerajaan negeri dibentuk, barulah mereka secara musyawarah dan berjemaah bersetuju tanpa syarat menyertai Parti Bersatu yang diterajui oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: