Betul kenyataan Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji.

Sebelum ini tular satu rakaman video yang menunjukkan Datuk Hajiji sedang berucap. Dimana beliau tidak menyokong langkah kerajaan Warisan yang cuba memutihkan PTI dengan cara yang menyalahi undang-undang. Ini kerana sebelum seseorang itu layak memohon kewarganegaraan Malaysia sepatutnya dia memiliki dokumen keterangan diri dari negara asal PTI itu sendiri.

Apa yang beliau utarakan itu adalah kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat Sabah dan menggesa agar usaha pemutihan itu dihentikan atau patuhi saja peraturan yang sedia ada.

Ucapan itu tidak berniat untuk menghentam mana mana pemimpin Warisan secara khusus tapi fokus kepada pentadbiran kerajaan negeri yang acap kali mengangkat isu pemutihan PTI.

Tidak seperti dakwaan Menteri dan jentera Warisan, kononnya kenyataan Datuk Hajiji tidak wajar dan dianggap menentang kerajaan. Adakah itu bermaksud Warisan benar benar ingin memutihkan PTI dengan cara yang salah?

Sebaliknya kalau teguran itu dilihat dari sudut positif maka ia akan menjadi kritikan yang dapat memampankan masa depan Warisan, maklumlah parti Warisan adalah “kompenan” PH. Andai Warisan jatuh kerana isu PTI ini, maka Bersatu juga akan terkesan.

Satu hal yang membuat admin tidak faham. Kenapa kah Warisan terlalu menghebahkan usaha memutihkan PTI walhal kerajaan Malaysia seperti juga negara lain. Ada menyediakan undang-undang atau peruntukan yang membenarkan seseorang PTI memohon status kewarganegaraan.

Proses permohonan kewarganegaraan oleh PTI juga berlaku di zaman BN tapi tidaklah ia menjadi satu kebanggaan atau menjadi modal politik.

Pemutihan pada masa itu lebih kepada kemanusiaan bukannya keuntungan politik. Sebab itulah orang yang sama telah mengundi pembangkang pada PRU yang lepas.

Berbeza dengan Warisan, terlalu kecoh terlalu mempolitikkannya. Mungkin mereka ingat ada rakyat di dunia ini yang sanggup melihat kedaulatan negara mereka di ceroboh dan penceroboh itu diberikan status kewarganegaraan. Adakah?

Definisi PTI ialah pendatang tanpa izin. PTI bukannya sejenis bangsa.

Pada pemimpin dan jentera Warisan mereka kenalah bersikap positif dan menjaga kedaulatan negeri ini dengan sebaiknya. Jangan mudah dilanda penyakit syok sendiri. Rugi dahulu pendapatan rugi kemudian tiada guna.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.