Kejayaan Kerajaan PH Yang Tidak Diketahui

Ini admin bawakan catatan terbaru bloggers Kadir Jasin.

Menurutnya ada banyak kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan PH tapi tidak diketahui oleh masyarakat. Dalam pada itu dia menegur para Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri agar bermula 9 Mei ini biarlah mereka mengubah sikap dan cakaplah betul-betul.

Tidak terkecuali teguran keatas kakitangan sokongan seperti Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar dan Pegawai Komunikasi Koprat agar kumpulan ini belajar dan mencergaskan diri, kalau bodoh belajar kalau tidak tahu tanya.

Begitulah mukadimah bloggers Datuk Kadir Jasin.

Pengisiannya adalah berhubung Kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan PH bagi tempoh yang singkat ini. Antaranya,

Kerajaan telah dan sedang bertindak ke atas pihak pihak yang melakukan jenayah besar yang hampir memiskinkan negara seperti skandal 1MDB dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan atau GLC.

Pun begitu menurut Kadir Jasin kita kena faham andai bekas Perdana Menteri Najib Razak terlepas atau bebas itu bukan salah kerajaan kerana kerajaan sudah menyiasat dan mendakwa dia di mahkamah jadi sekarang ia sudah menjadi tanggungjawab badan kehakiman agar Najib dikenakan hukuman yang setimpal. Dan andai hukuman dijatuhkan itu bukan salah kerajaan.

Hakikat nya bukan hanya Najib seorang yang telah diheret ke mahkamah Tapi ramai lagi antaranya bekas isteri Perdana Menteri Najib Razak dan ramai lagi. Kamu pun tahu kan.

Walaupun BN meninggalkan kewangan kerajaan yang agak getir tapi PH telah berjaya memulihkan sebahagian daripadanya, sebab itulah membolehkan kerajaan meneruskan bantuan kewangan kepada rakyat yang memerlukan dan mungkin tidak semua tapi mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan kumpul keperluan kumpulan sasar.

Seperti contoh bantuan kewangan kepada kumpulan B40 iaitu 40 peratus isi rumah paling bawah dalam usulan pendapatan.

Selain bantuan tersasar yang sedang berjalan, kerajaan juga mencadang dalam tempoh lima tahun yang akan datang kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 10 bilion setahun untuk tujuan mewujudkan pekerjaan dan menyokong pendapatan kumpulan B40 tadi.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan satu lagi Skim bantuan berjumlah 338 juta khas untuk pekebun kecil getah di bawah Risda.

Dari konteks Institusi yang memerlukan perubahan melalui kerajaan baru, kerajaan PH telah menubuhkan jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah.

Melancarkan pelan Anti Rasuah Nasional 2019 hingga 2023

Memperkasa SPRM, Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam.

Menubuhkan pusat Government Integriti dan Anti Rasuah Nasional

Pengistiharan harta oleh anggota Kabinet dan Ahli Parlimen PH.

Tiada lagi surat sokongan untuk mendapatkan projek atau kontrak oleh Menteri dan Timbalan Menteri.

Memperkasa Parlimen dengan menubuhkan enam Jawatankuasa terpilih.

Memulakan langkah reformasi sistem SPR dengan mencadangkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan peraturan pembiayaan parti parti politik.

Ada lagi perkara yang disentuh berkaitan ekonomi. Tapi biarlah, admin rasa ini yang lebih utama untuk diketahui oleh rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s