MIC Berkerjasama dengan PAS. BN Shame on you lah!

Akhbar rasmi pembangkang melaporkan bahawa secara rasminya MIC berkerjasama dengan PAS dalam pelbagai aspek demi kononnya kepentingan Rakyat di negara ini.

Ia diumumkan sendiri oleh Presiden MIC, Vigneswaran, pada program kunjungan hormat Presiden PAS Datuk Guru Abdul Hadi Awang ke bangunan MIC, Jalan Raja Laut, hari ini.

Beberapa tempoh yang lalu MIC ada menyatakan pendirian mereka bahwa tidak akan menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.

Menerusi kenyataan Presidennya pada masa itu Palanivel, bahawa rang undang-undang Hudud itu disifatkan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ironinya selepas saling berperang diantara mereka, kelmarin MIC telah menyatakan pendirian bahwa MIC berkerjasama dengan PAS.

Tapi bila orang lain cuba berkerjasama dengan Bersatu, boleh pula segelintir penyokong BN konon mempersoalkannya melalui hujah remeh yang tidak masuk akal.

Shame on you lah, nampak sangat mengada ada.

Antara faktor kenapa kuasa UMNO/BN berakhir pada PRU yang lepas ialah kerana kenyataan dan kerja politik mereka yang sudah tidak berisi keikhlasan, terlalu berretorik.

Alsebab itulah, sepatutnya setiap parti politik masing-masing bergerak kehadapan, jangan berlagak baik sangat. Nanti tekanan yang kiat menghimpit menelanjangkan UMNO/BN. Sebelum ini juga UMNO telah menjalinkan kerjasama dengan PAS, walaupun ramai yang menjangkakan, kerjasama itu tidak akan mampu bertahan lama.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.