Pada tahun April 2012 Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan skandal penyelewengan dana rakyat yang membabitkan Shafie Apdal selaku Menteri KKLW pada masa itu dan seorang artis bernama Zahidah Rafik. Skandal itu dikaitkan dengan wang rakyat yang berjumlah RM1. 5 juta.
Sebelum itu ia berkisar di antara artis berkenaan dan pemandu peribadinya yang bernama Noor Azman.
Noor Azman selepas didakwa telah mencuri wang Zahidah Rafik. Telah membuat laporan polis dan telah menyatakan secara terperinci semua transaksi bank sejak dari Oktober 2011 sehingga Februari 2012 yang disalurkan oleh Menteri KKLW Shafie kepada Zahidah Rafik.
Pada pendedahan itu Zuraida Kamaruddin turut mencabar agar Shafie dan Zahidah memfailkan saman terhadap dirinya tapi sehingga hari ini tiada diantara mereka yang berani berbuat demikian. Apa maknanya itu?
Pun begitu proses kehakiman awal telah berjalan di Mahkamah Tinggi di antara Zahida Rafik dan pemandu peribadinya Noor Azman. Pada penghakiman ini hakim mengarahkan Zahida Rafik membayar sebanyak RM150 ribu kerana telah memfitnah Noor Azman serta kos tanggungan sebanyak RM40 ribu,
Walaubagaimanapun Zahida Rafiq telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Kelmarin hakim Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Noor Azman memulangkan RM200 ribu yang dibayar sebelum ini.
Soal saman Zahida Rafik keatas Noor Azman itu lantak mereka lah.
Yang menjadi isu ialah adakah laporan Polis Noor Azman mengenai transaksi bank itu ada kebenarannya dan kenapa sehingga hari ini Zuraida Kamaruddin tidak disaman oleh Shafie Apdal atau Zahidah Rafik bagi membuktikan yang mereka telah difitnah?
Untuk makluman skandal ini tidak hanya didedahkan oleh Zuraidah Kamaruddin tapi juga telah menjadi modal politik Chegubard klik link ini Shafie Adalah Musuh Orang Sabah