Pendedahan oleh bekas anggota Majlis Tertinggi PKR dan penyokong kuat Anwar Ibrahim, Che’gu Bard bercakap dengan Ronnie Klassen.

Berkisar sikap kepura-puraan PKR dan dakwaan keatas Shafie Apdal sebagai musuh orang Sabah. Dalam bual bicara ini, Presiden Warisan, Shafie Apdal ditafsirkan sebagai orang jahat atau pemimpin yang jahat pada tanggungjawabnya.

Bagi memudahkan pembaca memahami rakaman ini, admin sediakan teks perbualan agar lebih fokus dan dapat mendalaminya.

“Shafie ni ketika di dalam UMNO, saya sendiri terlibat dalam pendedahan terhadap Shafie. Bagaimana Zuraidah, bagaimana pada peringkat awal saya gali dan saya dedahkan antara yang terdedah ialah surat yang ditandatangani oleh Shafie sendiri. Mengarahkan bahawa projek diberi kepada beberapa kontraktor antara kontraktor yang diberi ialah sekarang merupakan pimpinan parti yang keluar masuk tangkapan SPRM baru ni dan kita dedahkan. Malah beberapa projek yang tidak kompeten yang tidak siap dan tidak membazir, malah saya munculkan pada ketika itu ialah musuh orang Sabah adalah orang Sabah sendiri. Kerana Menteri luar bandar yang menjaga peruntukan yang membangunkan Sabah yang diluluskan berbillion-billion sebagainya adalah orang Sabah yang mengkhianati.

Akhirnya projek tak deliver, projek bermasalah dan sebagainya adalah Menteri Sabah, kerana apa. Kerana memberi kepada orang Sabah, juga yang menjadi negotiator yang akhirnya mengkhianati semua, duit terbazir keluar Okay”

“Sampai ke satu peringkat apabila muncul isu skandal seks, skandal peribadi yang saya tak bersetuju untuk main benda ni. Tetapi Keadilan secara lantang Zuraidah, Ketua Wanita Keadilan siap buat sidang media panggil pemandu kepada seorang artis yang dikatakan punya hubungan skandal dengan Shafie. Malah melibatkan kes Mahkamah bukan sekadar itu apa namanya Parti Keadilan pun hantar peguam untuk bela pemandu kepada artis ini yang mendedahkan segala ke apa namanya ni rasuah pembayaran yang dibuat oleh Shafie Apdal kepada artis ini.

Begitu makna Parti Keadilan tahu sangat bahawa Shafie ini memang jahat, jahat maksud saya jenayah politik, jenayah pentadbiran dan jenayah rasuah tetapi apabila Shafie dipecat daripada UMNO dan Barisan Nasional dan kemudian secara tiba-tiba Shafie ini bercakap soal Sabah for Sabahan dan sebagainya. Sedangkan dia lah Menteri Sabah yang diberi kuasa oleh Kuala Lumpur oleh Putrajaya untuk mengendalikan projek Sabah dan dialah khianat, kalau dia tidak khianat sekurang-kurangnya Sabah dah selesai masalah air, Sabah dah selesai masalah letrik, Sabah dah selesai masalah jalan. Kalau tidak selesai semuanya sebahagian besar ni boleh selesai tetapi pada ketika itu tiba-tiba Keadilan sambut dia. Mana cerita yang tadi sampai kamu dedah skandal seks dan sebagainya adakah kamu menipu pada ketika kamu dedah ataupun sekarang ni kamu bersikap munafik kerana Shafie berada di sebelah kamu”

“Maknanya kalau kamu dedah siapa pula Aziz Rahim kata lah Tabung Haji kamu pukul pumpang pumpang tiba-tiba Aziz Rahim masuk pembangkang Aziz Rahim akan jadi hero. Kamu dedah lah mana-mana tokoh UMNO Barisan Nasional tiba-tiba masuk pembangkang jadi hero. Bagi saya rakyat cerdik jangan ingat rakyat bodoh ini bukan tahun enam puluhan tahun 50-an ini tahun milenium tahun dua ribu. Tahun 2017 masuk 2018 rakyat cerdik, internet-google dan sebagainya”


Sekarang terpulang kepada khususnya masyarakat Sabah. Bagaimana selepas ini mereka menilai Shafie sebagai pemimpin Sabah, adakah masih layak untuk diberikan peluang buat kali yang kedua. Sedangkan kalau dikira kuasa Menteri KKLW yang pernah disandangnya adalah lebih besar dari kuasa Ketua Menteri dari konteks memenuhi keperluan prasarana masyarakat luar bandar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s