Hanya 150 Orang Menyambut Ketua Menteri Shafie Di Kampung Sapulut

Hanya 150 Orang Menyambut Ketua Menteri Shafie Apdal Di Kampung Sapulut, Pansiangan.

Pada 12hb January 2019 Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal telah membuat lawatan kerja ke Kampung Sapulut, Pansiangan.

Tapi ada dua isu yang menarik dan wajar diketengahkan berhubung lawatan itu.

Pertama tama sekali ialah fasal jumlah kehadiran yang mengecewakan berbanding semasa Ketua Menteri Sabah, Musa Aman melawat lokasi yang sama.

Menurut sumber yang boleh dipercayai majlis lawatan pada kali ini hanya mendapat kira kira 150 orang hadirin dimana 100 daripadanya adalah murid murid sekolah dan bakinya 50 orang dari golongan dewasa, itupun majoritinya dari kalangan penyokong PH.

This slideshow requires JavaScript.

Senario itu telah mengejutkan ramai penyokong PH itu sendiri kerana pada mereka ia adalah peristiwa yang amat memalukan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Malah dikhuatiri ini adalah lawatan terakhir Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah ke daerah mereka. 🙃

Apa yang menyebabkan majlis lawatan ini hambar adakah kerana masyarakat luar bandar tidak sanggup menerima Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri mereka atau ada sebab lain yang berbau politik, politik dalaman diantara PKR pro Anwar dan Warisan?

Kalau begitu, semasa majlis lawatan ada dimana kedudukan Ketua Cabang Pansiangan yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew. Kenapa dia tidak membawa rombongan yang ramai dan menyambut kedatangan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal?

Adakah bersabung ayam di Kampung Matol lebih utama berbanding menyambut kedatangan seorang Ketua Menteri atau sememangnya disengajakan sebagai tanda protes kepada kepimpinan Warisan yang tidak disukai oleh PKR khususnya PKR pro Anwar?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s