Kesalahan Membuang Sampah Boleh Di Gari? – Semporna

Anda membuang sampah merata rata itupun kerana tong sampah tidak disediakan dengan secukupnya.

Sepatutnya tong sampah disediakan di setiap blok bangunan kedai, supaya ia dapat memudahkan masyarakat dan mengelakkan sampah dibuang merata rata.

Cuba bayangkan begini, hanya untuk membuang satu tin minuman anda perlu berjalan sejauh 100 meter, ini kerana tong sampah hanya disediakan di kawasan itu, itupun kalau ada. Jadi apa yang anda akan buat? Tetap berjalan sejauh itu! Bawa botol itu ke hulu ke hilir.

Mungkin anda tidak sanggup lalu membuangnya di longkong yang berdekatan tapi malangnya anda kantoi dan dikenakan kompaun atau denda memungut sampah sambil memakai vest yang tertulis monyet.

Pada admin menyamakan insan manusia dengan monyet kira ok lagi lah walaupun tidak ada ke patutannya.

Tapi bab tangan digari di khalayak ramai hanya kerana anda gagal menggunakan tong sampah? Ini amat amat melanggar hak asasi manusia.

Apa alat mengari boleh digunakan sewenang wenangnya?

Memakai vest yang tertulis monyet sambil memungut sampah, ini pun sudah cukup mengaibkan. Inikan tangan di gari di khalayak ramai seolah olah anda telah melakukan kesalahan mandatori.

Tapi tidak apalah kalau masyarakat Semporna boleh menerima peraturan tangan digari kerana kesalahan membuang sampah. Teruskanlah mengari tangan pesalah lepas itu paparkan di Facebook.

Tapi admin berharap sangat agar peraturan ini terpakai pada semua lapisan masyarakat tanpa mengira status atau pangkat.

Pada admin gari tidak boleh digunakan sewenang wenangnya. Sebab itulah di negara maju tangan pesalah yang sedang digari tidak boleh ditunjukkan kepada umum, ia mesti ditutup dengan kain atau objek. Kerana mereka belum didapati bersalah oleh pihak mahkamah tapi kalau berlaku juga maka individu yang terbabit boleh memfailkan saman malu pada kerajaan.

Mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan adalah tindakan yang terpuji dan amat dituntut oleh setiap agama. Tapi biarlah dalam masa yang sama menghormati pesalah atas dasar kemanusiaan. Kenakan kompaun dan hukuman yang setimpal tapi jangan aibkan sebab ia akan memberikan kesan jangka panjang malah gambar seperti diatas boleh dimanipulasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s